Monday, November 29, 2010

Lost World of Tambun

Tarikh : 25.11.2010
Waktu : 11.00am – 10.00pm
Lokasi : Lost World of Tambun, Ipoh

Hy korang. Macam mana dengan holiday korang. Bersempena dengan cuti sekolah n cuti sem ni mesti ramai yang dah plan nk gi sana, nak gi sini. Kan kan kan. Aku pun xterlepas join percutian family aku. Even aku dh kerja n xder istilah vacation tp kite kenalah spend time dengan family sekali sekala kan. Mase mula2 carik tarikh yang sesuai tok gi bercuti ni berebut dengan adik aku. Sebab die minggu yang aku boleh ikot die ada tuisyen. And die ni seboleh2nya xmau terlepas tuisyen tu. So, aku sebagai kakak sulung mengalah la. Ikotkan aje tarikh yg die nak. Next vaction aku nix la jauh sgt. Kiteorg gi bercuti kat LOST WORLD of TAMBUN  kat Ipoh Perak.

Sebelum bertolak kiteorg singgah umah kg kat Kg Tok Khalifah Sg Panjang. Tengok progress rumah tu. Sekarang dalam proses pembinaan tingkat atas pulak. Then kiteorg otwy la gi ke tempat yang di tuju. Sepanjang perjalanan adik aku Iwanina tu excited giler smapai xtido langsung. Yelah nak gi mandi2 kan. Tp dalam perjalanan nak gi sane tu bleh plak sesat sampai ke Tanjung Rambutan. Hahahaha. Padahal dalam kereta tu ader tukang tujuk jalan iaitu adik kedua aku Faisal yang belajar kat UniKL Royal College of Medicine Perak.

Sampai je kat Lost World of Tambun tu mak aku bz dengan agenda die membawa bekalan nugget yg di bawa dari rumah tok dibawa masuk ke dalam tu. Yelah makanan kat dalam tu harga 2X ganda dari biasa. Kalau air mineral kat luar paling mahal RM1.10 kat dalam tu bleh jadi RM2 untuk satu botol. Tapi mase dok punggah2 barang tu ader la sorang hamba Allah ni dating dekat kereta kiteog. Ingatkan kenapa lah ka. Rupanya rezeki yang xdijangka. Orang tu offer die punya member card. So, dapat la diskaun tok masuk dalam tu. Adik aku dah calculate,total yg Abah kene bayar RM220.20 tapi bila dah pakai member card dapat la harga RM166.00.

Mase nak masuk dalam tu mak aku dh risau kantoi makanan dalam beg die. Die kata “Kalau kantoi ngn guard tu xpe tp jgn kantoi ngn abang yg bg diskaun kat kiteorg tu” huhuhu. Takot jugak die. Tapi mase aku dok tengok muke org yg tolong kiteorg tu, aku perasan muka dia ada iras2 arwah Tuan Shaharman. Teringat pulak dekat arwah. Sedekah Al-Fatihah je yang mampu diberi. Semoga rohnya amat di dalam sana.
Bile dah lepas masuk dalam tu masing2 excited nk mandi. Tak sabar2 nak salin baju. Aku mandi pakai baju yg aku pakai & aku dah siap2 pakai seluar tight kat dalam. So, xderla kalangkabut nak gi bilik persalinan. Tempat 1st yg kiteorg g ialah menyusuri laluan air ombak. Lalu lah kat tempat monyet berbunyi, katak yang mengeluarkan air pancut, zon air tadahan. Bile sampai hujung lak kiteorg stop dekat tempat luncur air.

Mase ni adik aku Faisal dan Ammar naik berdua. Aku ajak la adik aku yg kecik  Iwanina naik dengan aku. Tapi die ni penakut sikit. Kejap nak, kejap xnk. Last2 aku ajak Mama naik teman aku. Pergghh jalan nak naik terowong luncur air tu punyala seksa. Berbukit2. Semput aku nak naik atas tu. Hihihi. Sampai kat atas org guide tu terangkan jenis2 terowong yang ada. Mak aku xnak naik terowong yang gelap. So, kiteorg naik terowong yang tertutup tapi cerah. Menjerit2 la aku ngan mak aku kat dalam tu. Bile kiteorg dh sampai bawah tgk adik ngan Abah xder. Rupanya dorg pun pergi naik. Tulah adik td org ajak kejap nk kejap xnk. Pastu dh kene tinggal sibuk nak jugak..hahahah.

After dat kiteorg lepak kat area Pantai. Knp pantai? Sebab kawasan die makin lama makin dalam. Dekat ½ jam lepak2 kat sane kiteorg g round balik kat laluan air yg mule2 td sbb nak g tgk bintang. Kebetulan mase kiteorg smpai kat tempat harimau dorg tgh nak buat Tiger Show. Dapat lah tengok harimau yg ganas tu dijinakkan. Baby harimau lak cam anak kucing cume die besar sikitlah. Lepas tu kiteorg g mandi kat Kolam Air Panas. Perghh panas sungguh air die. Dulu aku rase xdelah panas sangat. Aku siap boleh berenang2 lagi dalam tu. Ini nak turun paras lutut pon aku xsanggup. Tapi adik aku steady jer masuk dalam tu. Dorang g pusing2 area Sauna lagi.

Last sekali kiteorg mandi kat kawasan kanak-kanak. Tempat tu cetek jer tp sebab ader tong air besar yg akan melimpah bile penuh. Family kiteorg dok concer benda tu jela. Dah puas mandi2 mestilah laparkan. Gi makan dulu pastu smbung mandi. Bile sume dh penat n cam xder tempat nk g lagi kiteorg pon siap2 nak balik. Tyme nilah baru sempat nk bergambar. Mase mandi tadi xingat nak posing2. Huhuhu. Sikit je pic yg dapat amek.lol.. pastu kiteorg pun bertolak pulang. Mase otwy lek tu sempat lagi kiteorg singgah Kompleks Pasir Salak. Tapi tempat tu tutup. Dapat tengok dari luar je. Sampai umah semua tido xingat dunia. Inilah pengalaman percutian bersama family bagi tahun 2010.**Sekian**

Memory of the days...


Gambar kenangan
Berterabur lol..

Bersantai-santai lepas mandi
My Lovely Mom & Dad
Main Chak2

Me, Adik & Mama
Alang & Adik









Saturday, November 27, 2010

Pahlawan Pasir Salak

Saje nk flash back balik sejarah ni..korg igt x??aritu lps balik holiday ngn family di Lost World of Tambun kiteorg saje2 lalu n singah kompleks pasir salak…pastu mak aku reka cerita kat adik bongsu aku yg kononnyer J.W.W Birch tu pakcik dye..adik aku pun blurr la..and antara percaya @ x..so bg xnk mengelirukan dye aku post detail sejarah tu kat cni..hope dye bace lah..—->>>
PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus ‘memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang.Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.

Sejarah panjang itu bermula pada 20 Januari 1874 apabila Raja Abdullah iaitu seorang daripada kerabat diraja Perak melakukan kesilapan terbesar apabila meminta sokongan British bagi membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Lalu pada tarikh itu, Perjanjian Pangkor dimeterai dengan British mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak manakala sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta. Bagaimanapun, terdapat satu daripada syarat Perjanjian Pangkor yang menjadi helah British bagi membolehkan mereka menjajah Perak – Sultan Perak harus menerima seorang Residen British untuk menasihati baginda memerintah.

JWW Birch kemudian dilantik sebagai residen pertama di Perak umumnya dan Tanah Melayu khususnya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Perak, lelaki asing itu mula besar kepala dan berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula ‘memijak kepala’ sultan dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan orang Melayu. Pelbagai peraturan baru yang menekan pembesar serta penduduk mula diperkenalkan Birch terutama membabitkan cukai yang tinggi. Keadaan itu menambahkan derita penduduk yang kebanyakannya hidup miskin. Birch juga cuba mengambil alih tugas mengutip cukai daripada pembesar Melayu apabila menetapkan syarat baru iaitu hanya pegawai yang dilantiknya saja boleh mengutip cukai manakala cukai Kerajaan Perak akan diurus pegawai British. Syarat itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu.

Lelaki asing itu juga semakin besar kepala apabila sesuka hati campur tangan di dalam adat istiadat penduduk dengan menghapuskan sistem hamba yang sudah lama diamalkan di Perak. Sikap kurang ajar dan keangkuhan lelaki asing itu jelas terserlah apabila dia pernah mengarahkan sultan supaya diam dan mematuhi segala arahannya selaku residen apabila Sultan Abdullah menegurnya kerana membuat pelbagai tindakan tanpa merujuk kepada baginda. Kemuncak kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa Sultan Abdullah menandatangani surat supaya memberi hak kepada British untuk memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan baginda mengadakan mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875.


Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin berang kepada British yang cuba menjajah Perak. Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk membenarkan 
Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan Perak serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam penjajah itu.


Dalam pada itu, Birch terus memberi tekanan kepada Sultan Abdullah untuk membolehkan British menjajah Perak. Tekanan berterusan menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa bersetuju menyerahkan Perak untuk diperintah British pada 2 Oktober 1875. Pada 15 Oktober 1875,Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan yang Perak akan diletakkan di bawah pentadbiran British dan akan diketuai seorang pesuruhjaya. Surat pengisytiharan dicetak untuk ditampal di merata tempat di seluruh Perak. Pada mulanya ia ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat tembakan meriam 21 das. Selepas itu surat berkenaan mula ditampal di tempat lain. Berita itu sampai ke pengetahuan Datuk Maharajalela menyebabkan pembesar itu semakin berang. Dia bertekad untuk tidak membenarkan penjajah itu terus menjajah tanah airnya.Datuk Maharajalela mengarahkan pengikutnya mula membina kubu di Pasir Salak dan mengumpulkan senjata kerana yakin yang Birch akan datang ke kawasannya untuk menampalkan surat pengumuman itu.


Sangkaannya benar apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit dan perahu pada malam 1 November 1875. Pagi keesokannya, Birch memerintahkan orangnya naik ke darat dan jurubahasanya iaitu Mat Arshad idisuruh pergi ke rumah Datuk Maharajalela dan meminta pembesar itu menghadap lelaki British itu. Bagaimanapun, arahan Birch itu menyebabkan pemerintah Pasir Salak itu melenting, sudahlah lelaki asing itu menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk menghadapnya. Reaksi Datuk Maharajalela itu segera disampaikan Mat Arshad kepada Birch tetapi lelaki asing itu tetap angkuh. Dia memerintahkan Mat Arshad dan pengikutnya segera menampalkan surat pemungutan cukai oleh British di seluruh pelusuk kampung. Melihat pengikut Birch menampalkan surat berkenaan, penduduk kampung mula berang. Mereka mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak sebaliknya terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di kawasan itu. Tindakan Mat Arshad yang tidak mengendahkan larangan dan sensitiviti penduduk menyebabkan hati Pandak Indut semakin membara.


Pengikut Datuk Maharajalela itu meluru ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu.Mat Arshad tidak peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat pengumuman yang baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan. Selepas beberapa kali surat berkenaan dikoyak dan melihat Mat Arshad terus menampalkan surat baru, Pandak Indut tidak dapat bersabar lagi. Baginya, lelaki Melayu yang menjadi orang suruhan bangsa asing itu sudah melampau.Dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya ke jasad Mat Arshad. Lelaki itu mengerang kesakitan dan terus rebah ke tanah. Tindakan Pandak Indut menikam pengikut Birch itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu bertindak. Jeritan amarah penduduk bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal Birch yang ketakutan melihat amukan dan serbuan penduduk kampung, segera melarikan diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal.


Keriuhan di luar menyentak Birch yang sedang mandi ketika itu. Bagaimanapun, ketika dia menyedari yang penduduk kampung mula mengamuk, segala-galanya sudah terlambat.Rejaman lembing penduduk menembusi rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch. Penduduk terus merusuh ingin membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah, Birch cuba menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. Darah merah mencemari air sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan arus …


Kisah Lucu

Aku ada terbaca Majalah Remaja baru-baru ni. Ader 1 kisah tu lucu sangat. So, aku nak kongsi kisah tu dengan korang semua.

USIK PON TIDAK!

Pada suatu hari Razak sedang mengambil magga di kebun datuknya. Sedang Razak memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Razak melihat panorama itu. Tak lama kemudian di dengarinya suara
tangisan remaja perempuan itu, sambil teresak-esak sambil berkata "Abang, macam mana kalau saya mengandung nanti? Abang kena bertanggungjawab". "Sudahlah Sayang, kita serahkan semuanya kepada yang di atas( Allah )", jawab pemuda tersebut. Razak yang sedang asyik memerhati tersentak apabila mendengar kata-kata pemuda terbabit dan lantas berteriak. "Wah! wah ! Kamu berdua yang sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!!".

Cintaku Si Kasanova

Aku sendiri
Alangkah bahagianya sekiranya hidup ini ada orang yang menyayangiku. Sejarah masa lalu mengajar aku erti sebuah percintaan. Pasti sukar untuk aku menerima kehadiran seorang leleki bernama suami. Pernah aku berangan-angan bahawa aku akan bertemu dengan lelaki idaman aku. Impian hampir menjadi kenyataan.
Pertemuan aku dan dia

Aku menghadiri sebuah Kursus di Pahang. Disana aku mengenali Reza ( bukan nama sebenar ). Bermulanya dari saat aku meminta nombor telefon Reza jejaka itu mulai rapat denganku. Walhal aku pada mulanya berhasrat mendapatkan nombor telefon reza untuk kawan baikku yang begitu tertarik dengan jejaka tersebut. Namun kawan baikku seolah-olah merestui perhubungan kami. Aku dengan Reza ibarat pasangan kekasih yang amat bahagia. Kehadiran Reza dalam hidupku membawa sinar yang terang. Walaupun aku baru mengenali Reza, keakraban kami seperti orang yang sudah berkenalan bertahun-tahun lamanya. Aku mempercayai hubungan kali ini kerana Reza memberikan komitmen yang tinggi dalam soal alam berumah tangga. Reza yang aku kenali seorang yang baik budi pekertinya. Sentiasa menjadi tumpuan pegawai-pegawai malah tempat rakan-rakannya meluahkan masalah yang dihadapi. Aku terpikat dengan jejaka ini pun kerana dia mempunyai karisma yang tinggi. Komited terhadap keluarga. Sungguh aku amat mengaguminya kerana masih ada lagi lelaki yang begitu bertanggungjawab terhadap keluarga. Aku yakin dia akan memberi sepenuh perhatiannya sekiranya aku menjadi suri hidupnya nanti. Hari-hari yang ku lalui terasa amat indah sehinggalah.....

Perubahan sikapnya

Sudah hampir sebulan aku dan Reza tidak bertemu. Komunikasi antara kami pun semakin hambar. Antara alasan yang sering diberikan kerana dia penat bekerja seharian dan mempunyai masalah keluarga. Hampir setiap hari akan ada saja pergaduhan. Kalau dahulu sekiranya terdapat selisih faham Reza akan mengalah. Tapi kini setiap kali salah itu adalah salahnya Reza akan memarahi aku kembali atau membiarkan sahaja aku terpinga-pinga tanpa sebarang jawapan. Aku dapat merasakn bahawa lelaki ini menyembunyikan sesuatu daripadaku. Hati aku kuat mengatakan sesuatu. Tetapi di relung hatiku ini pasti menagis sekiranya kemungkinan yang aku fikirkan terjadi. Namun yang pasti aku harus mencari jawapan untuk merungkaikan segala belenggu yang menganggu diri ini. Hampir gugur jantung ini saat aku melihat gambar Reza terpapar di skrin komputer. Puas ku tenung bagi memastikan kesasihan email yang ku baca. ”Sayang” kata-kata dari gadis tersebut kepada Reza....

Kesetiaan tercalar

Suatu masa dulu Reza memberi aku kata laluan emailnya. Aku sangka yang dia begitu setia dan yakin bahawasanya cuma aku seorang yang bertahta di hatinya. Tetapi jerat memakan diri sendiri. Saat aku membaca email yang di hantar oleh rakan-rakanya aku terkejut apabila membaca email dari salah seorang kekasihnya. Reza kah ini?. Reza yang ku kenali dulu seorang yang kuat cemburu dan sering mempertikaikan kesetiaan aku terhadap cintanya. Mana mungkin dia sanggup memduakan cintanya...

Kebenaran terbukti

Aku menghubungi kekasih Reza yang di kenali sebagai S bagi bertanyakan status hubungan mereka. Ternyata mereka telah menjalin kasih hampir dua bulan dan mereka hampir bertunang. Aku memutuskan untuk bertemu dengan S. Berbincang bagi mengelakkan pergaduhan antara kami. Tiba-tiba S pula dapat menghidu hubungan ketiga Reza bersama gadis yang dikenali sebagai A. A adalah rakan sekuliah S dan juga Reza. Begitu kejam lelaki tersebut sehingga sanggup memperlakukan sedemikian. Berjanji setia, sehidup semati namun janji-janji yang ditabur umpama racun dalam duri. Hubungan A dengan Reza hampir setahun lebih. Namun A langsung tidak dapat mengesyaki kecurangan lelaki tersebut. Kami berbincang dan memutuskan tiada seorang pun antara kami yang bersalah kerana kami masing-masing tidak mengtahui status Reza yang sebenarnya. Pesalah sebenarnya adalah Reza. Tidak ku sangka Reza yang ku agung-agungkan rupanya binatang bertopengkan manusia. Kehadiran gadis bernama Y mencetuskan kontoversi. Bukan madu tiga tetapi empat. Y sudah mengenali Reza hampir 7 tahun. Reza memang sudah melampau. Aku pada awalnya yang merestui hubungan Reza dengan S bertukar menjadi marah kerana Reza bertujuan hanya ingin mempermainkan kami semua.

Ketenangan yang dinanti

Aku memutuskan untuk melupakan lelaki itu. Setelah mendengar cerita kisah percintaan bekas-bekas madu yang tidak menjadi aku sedar bahawa Reza bukanlah takdir aku. Terlalu sukar untuk menerima lelaki itu kembali mahupun memaafkannya. Entah apa yang menyebabkan Reza tegar melakukan tindakan itu pun masih tidak dapat dipastikan. Aku hanya mengharapkan Reza berubah dan jangan mempermainkan hati wanita lagi. Mungkin dia sedang menginsafi apa yang telah dilakukan atau masih merasa bangga atas apa yang dikecapinya. Mugkin juga dia sedang berbahgia bersama Zatul mahupun Yantie. Aku merelakan cinta itu pergi kerana itu adalah rencana Allah S.W.T. Kita sebagai manusia hanya merancang tetapi perancangan Allah S.W.T itu lebih baik. Semoga hidup Reza diberkati dan bertemu jodoh yang sesuai untuk dirinya. Aku meneruskan kehidupanku seperti biasa. Bersama keluarga dan kawan-kawan yang sentiasa setia di sisiku.