Saat aku menulis blog ni kawan aku NOR HAYATI MUHARAM telah di ijab kabul dengan pasangan yang beliau pilih untuk menjadi teman hidupnya. Lambat pula aku tulis.. yelah minggu ni bz dengan tugasan2 yg perlu di siapkan. So, bile ada masa aku mula menaip. Ermm nak mule dari mana erk. 4.12.2010 ni tarikh bok bernikah. Sebelum majlis tu aku tau keadaannya mesti meriah. Sebab dia antara kawan-kawan yang di sukai ramai. Orang senang berkawan dengan dia termasuk aku. Walaupun aku mase tingkatan 3 pergi melanjutkan pelajaran dekat SMT Klang hubungan kiteorg xpernah terputus. Kiteorang ada nama geng tau. Orang gelar kiteorg Ecah & da Geng ataupun Babu & the Geng..ataupun juga Baburock & The Geng Lucu kan nama tu.
Ahli kumpulan aku mase tu ramai kalau nak di senaraikan tapi harini aku lebih tumpukan pada kisah Bok ngan sorg g mbr aku yg dh kawen iaitu NURUL HUSNA BT MAT RADZI aka Husna. Kenapa diorang?? Hehe korang kawan-kawan aku yg lain jangan salah faham pula. Aku nak cerita tentang dorg ni sebab diorang antara kawan-kawan aku yang dah memasuki alam berumah tangga. Dah meninggalkan perangai gila-gila mase budak-budak dulu. Boh ngan Husna ni memang kawan baik dari sekolah rendah. Masuk sekolah SUA pun same2. Yang aku ingat mase tu aku Form 1. Aku nak hidup berdikari. Aku yg request kat family aku nak sekolah jauh dengan rumah. ( tapi sebenarnya aku malu dengan kawan-kawan sekolah rendah sebab result UPSR aku teruk..kira nak bawak diri ke tempat baru lah..huhu ) Bila dah register asrama mak ngn abah aku pun balik. Waktu untuk mencari kawan.
Aku ingat lagi waktu tu aku berkawan dengan budak dorm aku je. Budak dorm C. Aku duduk lah dekat 1 kawasan “open air”. Tiba-tiba ada dua orang budak yang ntah dari mana. Sembang punya sembang, dorang ajak pergi makan. Dari situlah kiteorg rapat. Fly asrama tok pergi kedai mamak sama-sama, Ponteng prep dok dalam dorm sama-sama pastu kene denda pun sama-sama lah. Hahaha. Makin lama group kiteorg makin fames dengan kehadiran kawan-kawan aku yg lain. Aku plak jenis kawan dengan semua group. Dengan budak kelas pandai pun aku bleh masuk walhal aku datang dari golongan kelas bawah ( xpandai ) Kiteorg penah naik bas g teluk intan. Mase tu rase dh paling jauh la kiteorg berjalan. Pusing kat Menara Condong tu dekat 10 kali kot huhu.
Bila dah besar sikit dan habis SPM dorg merantau kat KL. Aku pun merantau gak tapi duduk ngn kakak saudara. Husna xjoin dorg sebab tolong mak dia kat kampong. Mase tu aku ingat lg, kiteorg dapat tiket percuma masuk Sunway Lagoon, kiteorg penah gi Times Square main kat dalam tu. Aku tau budak-budak remaja zaman sekarang mana heran semua tu sebab dorg hari-hari pun boleh pergi. Tapi masa zaman aku lain. Bile dapat hangout kat KL macam dah gi London tyme tu. Lucu bile ingat balik. Sekarang semua dah besar dan ada life masing-masing. Husna ngan Boh dah kawen. Bila la turn aku agaknya. Hidup ni macam putaran roda. Aku rindu zaman kanak-kanak. Kepada SEMUA kawan-kawan aku. Semoga persahabatan kita kekal selamanya.
p/s: sori law aku xmention name korg yg lain..nanti ader yg tertinggal name terasa hati ngn aku lak…hihihi..kat bawah ni sedikit sebanyak memori yg kite pnh lalui…jgn marah tau law ader pic yg korg rase aku xpatut upload. Owkeh **LOVE YOU ALL**
 |
Mandi manda kat Sunway Lagoon |
 |
Depan menara KLCC |
 |
Yeah itu dia..sonok bangat |
 |
Sloogi Time |
 |
Tyme ni kiteorg g Times Square |
 |
Hari2 seterusnya jmp bila raya menjelma |
 |
i love you all |
 |
2nd letes.. |
 |
De lates picture... |
No comments:
Post a Comment