Luqman Syafiq adalah seorang Pengarah Urusan syarikat Maju Holdings Tower anak Sulung kepada Dato’ Megat iaitu seorang usahawan yang berjaya. Jejaka yang mempunyai alis mata sepet ini mempunyai segala kemewahan dan kasih sayang namun sehingga kini dia masih sendiri tanpa teman yang bernama kekasih. “Woi Luq jauh menung” sergah Rizal, salah seorang teman rapat Luqman. Rizal yang kebetulan waktu itu sedang melaui Café Classic untuk membeli sarapan terpandang akan kelibat sahabatnya yang duduk sarapan bersendirian. “Uishh kau ni terkejut aku” balas Luqman. “Kau buat apa kat sini” duga Luqman sambil tanganya mengacau air nascafe yang baru sampai di mejanya. “Eh, salah ke aku ada kat sini. Ini kan tempat awam, aku nak breakfast lah” jawab Rizal dengan spontan tetapi sinis. “Hehehe ala tak kan gurau pun tak boleh. Jom la duduk sini temankan aku” pelawa Luqman pula. “Kalau kau tak ajak pun aku memang nak duduk sini” balas Rizal. Seraya mereka berdua gelak bersama. “Kau ni kan Luq, aku tengok rupa ada, harta ada tapi satu je kurang…” Rizal cuba berkias. “Apa dia?” Luqman yang kebingungan dengan kata-kata temannya itu cuba menangkap apa yang ingin di perkatakan. “ Yelah, ko bila lagi nak ada girlfriend. Umur dah lanjut. Kesian kat Dato’ dia mesti teringin nak menimang cucu. Adik ko yang bongsu tu pun dah masuk Universiti. Mestilah mak dengan ayah ko sunyi” bicara Rizal dengan panjang lebar. “Zal, aku bukan tak nak ada girlfriend, teringin juga bila tengok orang dok keluar sana sini dengan awek. Tapi aku belum jumpa yang sesuai” seraya Luqman menjawab soalan Rizal tadi. “Alah kau memilih sangat kan?” Rizal cuba menyakat. “Pandailah kau. Zal, lepas ni kau ada kerja tak?” Luqman cuba mengubah topik. “ Haaa ubah topik… tak ada kenapa?” “Jom teman aku jumpa adik aku. Bila kau cakap pasal dia tadi teringat pula aku dekat dia. Hujung minggu hari tu dia tak balik kampung. Lagipun aku tau kau kan ada hati dekat adik aku tu. Mana tau boleh jadi bakal adik ipar aku ko ni” Luqman mengusik sahabatnya itu. Luqman tahu sememangnya Rizal dan Nani pernah keluar bersama. Keluarga pun tidak menghalang dan merestui hubungan mereka berdua kerana Rizal datang dari keturunan baik-baik.
Pada petang itu Luqman dan Rizal keluar bersama untuk bertemu Nani. Luqman telah berjanji dengan adik kesayanganya itu untuk membawanya menonton wayang. Sampai sahaja di pintu masuk utama Universiti Malaya, kereta yang di naiki Luqman berselisih dengan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih. Luqman sangat mengenali tuan punya kereta tersebut dan dengan segera Luqman mencapai telefon bimbitnya. Dia mendail nombor seseorang. Kedengaran sayup-sayup bunyi deringan di dalam telefon tersebut. “Hello..” suara perempuan menjawab panggilan tersebut. “Amboi busy nampak..bertembung dengan kita tadi pun buat selamba kan” Luqman memulakan perbualan. “Eh yang bagi lampu tadi tu Luq ke? Sorilah Mie tak perasan” jawab perempuan tersebut dengan nada kesal. Umie dan Luqman adalah sepupu. Sewaktu kecil mereka tidak pernah rapat mahupun bersahabat tetapi apabila tamat SPM Luqman sering menemani ibunya mengunjungi sanak-saudara. Di situ bermulalah pertemuan Umie dan Luqman. Umie ada ciri-ciri seorang perempuan muslimah. Ini kerana dia lulusan Sekolah Menengah Agama Kampung Baru. Perwatakannya yang lemah lembut menarik hati mana-mana lelaki yang memandangnya. Luqman juga salah seorang daripadanya. Mahupun begitu Umie tidak pernah mengetahuinya kerana Luqman malu untuk meluahkan isi hati. Antara sebab lain Luqman risau status hubungan mereka sebagai saudara boleh menyebabkan perbalahan timbul. Keluarga Luqman jenis yang mengamalkan kehidupan orang dahulu iaitu pantang jika berkahwin sesama saudara. Kadangkala Luqman bingung memikirkannya. Sedangkan dalam Islam tiada larangan berkahwin di antara sepupu. Demi menjaga hati ramai pihak Luqman terpaksa memendam perasaan. “ A’ah Luq lah tu. Baru balik kerja ke?” soal Luqman. “Yelah..Luq nak pergi mana tu” tanya Umie kembali. “Ambil Nani keluar makan-makan. Mie nak ikut?” Luqman cuba memancing. “eemm…..” Umie berfikir sejenak. “La..tak payah fikir-fikir jom lah. Lagipun kita dah lama tak jumpa kan. Banyak benda nak cerita dekat Mie.” Luqman bersungguh-sungguh mempelawa gadis tersebut. “Ok, tapi Mie lambat sikitlah lah. Baru balik ni nak siap-siap mandi dulu” Umie membalas. “Ok sayang..Luq pun nak tunggu Nani siap dekat setengah jam kot budak tu baru siap” Luqman memjawab dengan senyum mekar di bibir. Mana tidaknya gadis idamannya sudi untuk keluar bersama. “Nanti Luq dah gerak, Luq text Mie k. Bye sayang jumpa nanti” sambung Luqman lagi lantas memutuskan panggilan. Luqman memang biasa membahasakan Umie sebagai sayang. Namun ia sekadar nama panggilan dan tidak lebih bagi Umie. Rizal yang sedari tadi menjadi pendengar setia perbualan Luqman dan Umie mula berkata-kata. “Siapa Mie tu Luq? Girlfriend ko ke?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Rizal bagai melepaskan peluru pistol. “Tak lah..sepupu aku lah tu” Luqman senyum kambing. “Takkan sampai bersayang-sayang pun sepupu je…” Rizal masih tidak puas hati dengan jawapan temannya itu. “Betul lah, kalau kau tak percaya nanti kau tanyalah Nani, tak pun jumpa budak tu nanti kau tanya dia sendiri. Ok?” Luqman membidas. “Emm yelah kau menang” Rizal kehilangan kata-kata lagi. Dia tahu sahabatnya itu pasti menyembunyikan sesuatu dan dia malas mahu memaksa. Malam itu mereka keluar berempat. Selesai menonton wayang mereka pergi menjamu selera di Restoran Nipah. “Macam mana study?” Luqman bertanyakan mengenai pelajaran adik bongsunya itu. “Ok je Long. Cuma Ucu tengah sibuk sikit buat ulangkaji untuk final exam ni. Ibu dengan abah ape khabar Long?” tanya Nani seakan rindu dengan keluarganya. Tambahan pula dia mempunyai adik-beradik yang ramai. Bila hujung minggu riuh rendah kediaman Dato’ Megat dan juga isterinya Datin Kalsum. “Baguslah, belajar rajin-rajin kalau tak, tak boleh ikut jejak Achik belajar kat Jepun. Diorang semua sihat. Minggu lepas masa Ucu tak balik Alang, Angah dengan Ateh ada balik kampung melawat ibu.” Luqman menerangkan serba ringkas. “Yang lain tak balik ke Long?” soal Nani. “Tak..Anjang sibuk dengan thesis dia, Andak pula tengah sibuk menguruskan aktiviti perkhemahan pelajar baru dekat Universiti Putra Malaysia, Uda sekarang terlibat dengan banyak program belia, Itam biasalah kalau ibu suruh pulang baru dia ingat nak jenguk kiteorang ni” terang Luqman lagi. “Kak Umie, akak dah semakin cantik lah” puji Nani kepada Umie yang dari tadi memasang telinga pada perbualan dua beradik ini itu. Dengan menahan malu kerana di puji Umie menjawab “Tak adalah. Nani lagi cantik. Akak dah gemuk lah dik”. Luqman memang perasan yang wanita itu semakin anggun. Mana-mana mata lelaki yang menandangnya pasti cair namun sayang sekali Luqman hanya mampu menatap kecantikan wanita di hadapannya itu. Kerana hati Umie milik orang lain. Umie sebenarnya sudah mempunyai kekasih dan bekerja di tempat yang sama dengan Umie. Jiwa Luqman memberontak mahu memiliki gadis tersebut tetapi dia sedaya upaya menahan getaran jiwa tersebut dengan berlakon seolah-olah tiada apa-apa. Selesai makan Rizal meminta izin untuk menghantar Nani pulang ke hostel. Luqman mengizinkan tetapi dengan syarat pastikan adik kesayangannya itu selamat sampai. Sewaktu dalam kereta, Luqman kaku bila berdua dengan wanita idamanya itu. Dia cuba berlagak biasa. “Mie, macam mana hubungan Mie dengan Syed?” Luqman memulakan bicara. “So far so good” Umie cuba berjenaka. “Bila nak buat nasi minyak” Luqman seakan memancing. “Lama lagilah Luq. Syed pun belum dapat tetap kat situ. Kontrak je” jawab Umie sambil memandang ke jalan raya yang tidak sesak. “Tak pe slow-slow. Kumpul duit dulu kan.” Luqman cuba menenangkan hati Umie. Namun dalam hati Luqman betapa sakitnya apabila dia harus memberi harapan pada wanita yang disayanginya sekaligus menyebabkan hatinya sendiri terluka.
Setibanya di Kondomunium Angsana Luqman menghantar Umie sehingga di pintu rumah. “Ok lah Mie, Luq balik dulu ye. Thanks sudi keluar dengan Luq. Nanti kirim salam dengan Syed k” pesan Luqman. “Luq drive elok-elok ye. Dah sampai mesej Mie tau” pesan Umie pula. Luqman menganguk dan terus menunggu lif untuk turun ke bawah. Di dalam lif masih terngiyang-ngiyang kata-kata terakhir Umie dalam kepala Luqman Syafiq. “Dah sampai mesej Mie tau..apa makna dia ye?” Luqman mengelamun sendirian. Luqman memandu pulang ke rumahnya. Walaupun sudah berginjak ke usia 27 tahun Luqman masih tinggal bersama keluarganya. Ini kerana dia merasakan bahawa itu adalah satu tanggungjawab sebagai anak sulung dalam keluarga supaya menjadi pelindung pada keluarganya apatah lagi ayahnya kini semakin tua dan berumur. Dia lah yang selayaknya menggantikan tugas sebagai ketua keluarga. Sesudah mandi Luqman mencapai telefon bimbitnya dan mendapati ada pesanan ringkas untuknya. Dia membuka kekunci dan tertera nama Umie Hani. Hatinya kembang dan terharu bila wanita itu mengambil berat akan keselamatan dirinya. Luqman membaca pesanan ringkas tersebut walaupun pendek ia boleh menyebabkan dia gila bayang. “Luq dah sampai ke belum? Kenapa tak mesej Mie lagi ni. Luq ok tak?” bunyi pesanan ringkas tersebut. Luqman segera membalas mesej Umie “Sori..Luq dah sampai lama tertidur ni baru lepas mandi..mesti Mie dah tidur sekarang ni kan..Goodn8”. Luqman melihat jam di dinding menunjukkan jam 2 pagi. Tentunya saja Umie sudah tidur waktu itu kerana mesej itu di hantar jam 11 malam. Luqman mengimbau kembali detik-detik mereka berdua bersama dan berharap dapat bermimpi memiliki Umie di dalam tidurnya. Keesokkan paginya Luqman di kehendaki oleh Dato’ Megat melawat tapak projek di sekitar Lembah Klang. Selesai tugasnya di sana Luqman memandu pulang ke pejabatnya yang terletak di Subang Jaya. Sewaktu dalam perjalanan pulang keretanya tiba-tiba di pintas oleh sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam. Dengan lagak seorang gangster pemandu kereta itu keluar dan menemui Luqman. Luqman kenal dengan lelaki tersebut. Mereka pernah belajar satu sekolah suatu masa dahulu. Tetapi kerana Luqman lebih di kenali dan di sukai oleh guru-guru dan pelajar perempuan di Sekolah Menengah Teknik Klang, lelaki tersebut mewujudkan kumpulan anti-Luqman Syafiq. Luqman yang ketika itu menjadi ketua pengawas sekolah dan bersifat sedikit nakal juga mempunyai pengikut. Maka pernah terjadi perang besar antara dua kumpulan ini. Kini hampir 9 tahun peristiwa tersebut berlalu namun dendam lelaki di hadapannya tidak pernah padam. “Hei Luqman, berani kau bawa Umie keluar semalam ye” bentak Syed. “Rilek la Syed aku bukan keluar berdua dengan dia lah. Adik aku dengan Rizal pun ada semalam. Kau ni kenapa? Dia dengan aku kan sepupu. Kenapa kau pikir yang bukan-bukan.” Luqman menjawab semua soalan Syed Aiman. “Macam lah aku tak tahu kau ada hati kat dia kan. Kau tak payah berahsia dengan aku. Kenapa kau sering nak musnahkan hidup orang ha.? Dulu aku bercinta dengan Qasya pun kau rembat sekarang aku dengan Umie pun kau nak kebas. Memang ada yang makan penumbuk nanti” Syed menahan marahnya. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja memberi sedas tumbukan pada wajah Luqman. Tetapi mengenangkan mereka berada di tempat awam Syed masih menahan amarahnya. “Bila masa aku rampas Qasya dari kau. Kau cakap baik sikit. Lagipun dia bukan taste aku lah. Aku rapat dengan dia sebagai kawan” bersungguh-sungguh Luqman cuba menerangkan kepada Syed. Masih jelas di ingatan Luqman seorang rakannya dulu Qasya Nur Aliya. Seorang gadis cilik yang baik namun gara-gara tersalah langkah memilih teman Qasya berubah menjadi liar. Berkawan pula dengan Syed Aiman menjadikan gadis itu semakin sukar di kawal sehinggakan dia disahkan mengandung. Kecoh satu sekolah apabila Syed dan Qasya di tangkap berkhalwat. Daripada cerita kawan-kawan, Qasya di syaki mengandung namun Syed tidak mengaku anak dalam kandungan Qasya adalah zuriatnya. Keluarga Qasya juga berasal dari keluarga yang kaya dan demi tidak mahu menanggung malu mereka telah menghantar anak mereka ke sebuah hospital swasta untuk diggugurkan kandungannya. Qasya menyesal kerana tindakannya mempercayai Syed yang kononnya mahu bertanggungjawab. Suatu hari Luqman ke perpustakaan untuk mengulangkaji bersama rakan-rakannya memandangkan peperiksaan SPM makin hampir. Di situlah dia mula bersahabat dengan Qasya. Waktu itu keadaan Qasya sangat menyedihkan. Sudahlah di paksa keluarga mengugurkan kandungan. Syed pula tidak mahu bertanggungjawab. Rakan-rakanya mula menjauhkan diri. Timbul di hati Luqman untuk membantu gadis tersebut. Luqman menjadi teman setia yang sering mendengar masalah Qasya dan juga bertindak selaku guru membantu Qasya dalam pelajarannya. Apabila keputusan SPM di umumkan Qasya antara pelajar terbaik. Dia mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada Luqman kerana pada waktu dia kesusahan Luqman lah yang masih berada di sisinya. Dia juga berjanji akan berubah sekiranya di terima masuk ke Universiti. Luqman bersyukur kerana Qasya membuka pintu hatinya ke jalan kebaikan. Qasya ada juga menghubunginya sewaktu belajar dahulu. Ketika itu Luqman menuntut di UiTM Shah Alam. Qasya menceritakan bahawa Syed ada menemuinya dan memohon maaf tetapi dia menolak dengan baik cinta lelaki tersebut. Qasya kini berkawan dengan rakan sekuliahnya iaitu Amirul Amin. Luqman sentiasa mendoakan kebahagiaan rakannya itu. Tetapi dia pula menjadi mangsa tuduhan Syed Aiman. “Aku tak kira. Lepas ni kau jangan hubungi Umie lagi” Syed memberi amaran terakhir dan lantas meninggalkan Luqman.
Luqman mengambil album kenangan keluarganya yang terletak di dalam laci meja. Dia memandang pula pada bingkai gambar yang di letakkan di sebelah katilnya. Wajah Umie di renung lama. “Macam mana aku nak bagi tahu Mie yang dia tak sesuai berkawan dengan Syed” bisik hati kecilnya. Dia risau Umie akan berfikir yang dia sengaja menghancurkan hubungan cintanya. Sedangkan dia tahu Syed adalah seorang lelaki yang tidak boleh di percayai. Pada malam tersebut Syed Aiman menghubungi kekasihnya “Hello baby jom pergi dinner. I lapar la” rayu Syed sewaktu di talian. “Ok bi. Baby tunggu. Miss you” Umie membalas. Setibanya di kedai makan Syed menceritakan kejadian petang tadi kepada Umie. Dia risau sekiranya Luqman mengadu pada teman wanitanya itu dan memburukkan namanya. “Luqman ada call you?” soal Syed. “Tak ada. Kenapa bi?” Umie seakan risau. “Ada apa-apa yang jadi dekat dia ke?” sambung Umie lagi. “Tak adalah petang tadi dia jumpa I, then sound I jangan kawan dengan you. Dia cemburu dengan hubungan kita la baby. I tak suka you kawan dengan dia.” Syed memburukkan Luqman di hadapan Umie. “Yeke? You jangan buat cerita. Dia kan sepupu I kenapa dia nak cemburu?” Umie tidak mempercayai kata-kata teman lelakinya itu. “Sudah la kalau baby tak percaya. Bi sayang baby. Bi tak nak baby jatuh cinta dengan dia pulak dan tinggalkan bi.” pujuk Syed kepada teman wanitanya itu. Walaupun Syed mempunyai ramai perempuan simpanan Umie tidak dapat menghidunya. Syed juga sanggup meluangkan masa bersama Umie walaupun dia sendiri tidak mempunyai masa. Antara banyak-banyak wanita simpanannya Umie yang dia paling sayang ini kerana Umie seorang sahaja yang pandai menjaga adab sebagai seorang perempuan. Tidak mendedahkan aurat serta hormat kedua orang tuanya. Teman wanitanya yang lain jenis kaki clubbing dan berkawan dengannya hanya kerana harta. Syed pula yang kekurangan kasih sayang keluarga melepaskan nafsunya kepada sesiapa yang sudi menjadi pemuas nafsunya. “Baby takkan tinggalkan bi. Kalau baby tinggalkan bi camne baby nak balik nanti” gurau Umie kepada Syed. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah Umie berfikir kembali kata-kata Syed. “Benarkan dia cemburu? Adakah dia mencintai aku?” Umie keliru namun dia membiarkan sahaja soalan itu bermain di kotak fikirannya. Semasa Syed hendak meninggalkan Kondo Umie tadi dia teringat yang beg duitnya berada di tas tangan Umie. Dia segera berpatah balik dan naik ke rumah Umie. Lonceng rumah di tekan. Namun tiada jawapan. Kedengaran bunyi air di bilik mandi. “Mungkin dia sedang mandi” fikir Syed. Hampir 15 minit Syed berada di depan pintu rumah Umie dan menunggunya. Tiba-tiba pintu di buka oleh Umie. Dia memohon maaf kerana tidak mendengar bunyi lonceng. Dia perasan akan kehadiran Syed pun kerana pesanan ringkas yang di tinggalkan Syed padanya. Syed seolah-olah terpukau dengan kecantikan Umie tanpa memakai selendang di kepalanya. Dengan rambut yang basah Syed mula berangan-angan untuk memiliki tubuh Umie. Sepanjang perjalanan ke rumah sewanya Syed mula memikirkan strategi untuk menggoda Umie. Syed kemudian menghubungi Luqman. “Esok aku akan mengambil mahkota wanita idaman kau. Kalau kau seorang lelaki sejati datanglah selamatkan dia. Aku tahu kau tak mampu.” pedas sungguh kata-kata Syed yang di lemparkkan kepada Luqman tadi. Seakan-akan memcabar. Bila Luqman mahu bertanyakan lebih lanjut mengenai perkara tersebut Syed mematikan talian telefon. Wajah Luqman pucat lesu memikirkan perkara yang baru di dengarinya tadi. “Ahh macam mana aku nak tahu kat mana. Macam mana aku nak selamatkan dia” hati kecil Luqman berbicara. Malam itu dia tidak dapat tidur lena. Awal pagi dia telah bertolak ke UM untuk bertemu dengan Umie. Umie yang waktu itu sedang bersiap-siap ingin keluar bertemu Syed segera di halang. “Mie, kenapa tak angkat call Luq tadi” soal Luqman. Umie yang rimas dengan kehadiran Luqman secara mengejut di pejabatnya menjawab dengan tidak acuh. “Mie meeting tadi. Ada apa Luq cari Mie dekat office ni.” “Emm Mie, Luq ada perkara penting nak bagi tahu dekat Mie. Syed tu budak nakal. Luq tak nak Umie keluar dengan dia. Please Luq merayu dekat Mie, tolong jauhi dia.” Luqman menyampaikan hasratnya tanpa menceritakan perkara sebenar kepada Umie. “Luq ni kenapa? Syed tu kekasih Mie. Mie dah lama kenal dia” marah Umie. Luqman tahu wanita itu mula membenci padanya. Luqman juga tidak pernah menceritakan kejadian Syed menodai Qasya di zaman persekolahan mereka. Hakikatnya Luqman lebih mengenali Syed Aiman daripada Umie. “Luq tau. Tapi tolonglah untuk kali ni jangan keluar dengan dia. Luq bimbang keselamatan Mie” Luqman bersuara. “Luq, Syed dah bagi tahu Mie yang Luq sound dia. Luq ada hati kat Mie dan cuba nak pisahkan kiteorang. Sudah lah Luq. Luq balik lah. Kejap lagi Syed sampai mesti dia naik angin kalau tengok Luq dekat sini.” arah Umie pada Luqman. Namun Luqman tetap berdegil dan cuba menghalang Umie daripada berjumpa Syed. Rimas dengan tindakan itu Umie mula meninggikan suara. “Kau dengar sini. Aku tak cintakan kau. Takkan! Faham!” bentak Umie lagi. Hati wanita itu benar-benar telah membencinya. “Ya! Memang aku cintakan kau tapi aku tak tergamak menyakiti hati kau dengan merosakkan cinta kau. Salah ke aku memcintai kau? Aku tak pernah pun cuba memiliki kau. Melihat kau bahagia sudah cukup bagi aku.” Kata-kata kasar mula keluar dari mulut Luqman. Hati dia tercalar bila Umie mengherdiknya hanya kerana Syed Aiman yang mata keranjang itu. “Kalau macam tu blah la sebelum aku halau kau. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Cinta kau tak layak untuk aku” sambung Umie pula. Luqman kehabisan kata-kata. Dia hanya mampu berserah agar Tuhan sentiasa melindungi Umie.Tengahari itu Luqman mengambil cuti dan meminjam kereta Rizal. Tujuannya hanya satu iaitu untuk memantau gerak geri Syed Aiman.
Kereta Syed menyusur masuk ke kondo tempat tinggal Umie. Setengah jam kemudian mereka berdua menuju ke Tasik Titiwangsa. Syed memberhentikan kenderaannya di sebuah tempat sunyi. Umie mula berasa tidak selesa. “Bi jom balik. Dah lewat malam ni” Umie melihat jam tangannya sudah hampir memasuki jam 12 tengah malam. “Sekejaplah baby, bi belum puas tengok baby lagi” Syed cuba menggoda. Tangannya mula menjalar ke peha Umie. Umie menepis kemudian turun dari kereta. Syed segera keluar dan memujuk Umie supaya masuk semula ke dalam kereta. Syed berjanji akan menghantarnya pulang. Umie kemudian menuruti kata Syed kerana menyangkakan Syed akan terus menghantarnya pulang. Namun jangkaannya meleset apabila Syed membawanya ke sebuah rumah kosong. “Bi nak bawa baby gi mana ni” soal Umie dalam keadaan takut. “Kejap nak jumpa member bi jap” Syed menjawab dengan selamba. Syed mengajak Umie menemaninya masuk ke rumah tersebut dengan alasan kawasan tersebut berbahaya untuk meninggalkan Umie keseorangan di dalam kereta. Tanpa berfikir panjang Umie setuju dengan cadangan Syed. Namun tindakan yang di ambil oleh Umie sebenarnya memakan diri. Di dalam rumah tersebut terdapat 10 orang rakan Syed yang sedia menanti mangsa korban mereka malam itu. Melangkah saja ke dalam rumah tersebut Umie terus di serang oleh 10 lelaki tersebut tanpa sebarang amaran. Umie meronta-ronta minta di lepaskan. Salah seorang daripada mereka menanggalkan tudung yang di pakai Umie. Lantas mengoyakkan baju Umie. Umie menjerit meminta Syed melepaskannya. “Bi tolong baby! Kenapa bi buat baby macam ni?” rayu Umie sambil menangis. Syed yang masa pada ketika itu dalam keadaan khayal kerana mengambil pil estacy menjawab “Kau ingat aku bodoh. Kalau Luqman bagi tahu kau perangai aku yang sebenar mesti kau akan tinggalkan aku. Tak dapat lah aku merasa badan kau yang cantik ni” sambil mengucup leher Umie. “Tapi kau ni memang betul-betul bodoh. Kau tak percaya kata-kata Luqman. Dia cintakan kau sepenuh hati tapi aku yang kau percaya! Aku hanya inginkan tubuh kau je. Perempuan bodoh.” sergah Syed. Kata-kata Syed Aiman benar-benar mencalar hati Umie Hani. “Kau memang tak guna. Kenapalah aku tak peracayakan kata-kata Luqman hari tu” Umie hanya boleh menangis dan meratap nasibnya. Konco-konco Syed mula menjamahi tubuh Umie. Satu persatu pakaian Umie di tanggalkan sehingga tiada Seurat benang pun di tubuh Umie. Tiba-tiba pintu rumah tersebut di pecah. Konco-konco Syed yang sedang berseronok terkejut dengan kehadiran Luqman dan rakan-rakannya. Berlaku pergaduhan di dalam rumah tersebut. Luqman membelasah Syed sekuat hati. Marahnya terhadap tindakan Syed tidak dapat dibendung lagi. Setelah beberapa tumbukan mengenai Syed yang sedang khayal dia pun rebah ke bumi. Saat itu Luqman terpandang Umie yang sedang bersembunyi di penjuru katil di dalam sebuah bilik. Beralaskan cadar katil, Umie menutupi tubuhnya. Luqman menghampiri Umie dan memberikan jaket yang di pakai untuk menutup bahagian atas badannya. Luqman cuba memujuk Umie dan menenangkannya. Sewaktu memangku Umie, Luqman di serang oleh Syed dari belakang. Syed menusuk perut Luqman dengan pisau pemotong sayur yang di ambilnya di dapur. Luqman rebah dan menahan kesakitan. Syed sengaja cuba mencumbui Umie di hadapan Luqman. Demi mempertahankan maruah wanita kesayangannya itu Luqman berusaha bangun untuk melawan Syed. Pisau yang di pegang Syed tercampak ke bawah katil. Saat Luqman di pukul lagi dia tidak mampu bangun semula. Syed mencapai semula pisau tersebut. “Kali ni aku akan hapuskan riwayat kau Luqman Syafiq.” Syed tersenyum sinis. Tiba-tiba sebuah tembakan mengenai tepat di dada Syed sewaktu dia cuba menikam Luqman. Syed jatuh tersembam di lantai rumah tersebut. Umie berlari ke arah Luqman. Luqman yang ketika itu sedang menahan kesakitan hanya mampu memegang perutny. Dia menahan darah dari terus mengalir. “Luq…maafkan Mie.. maafkan Mie kerana tak percaya cakap Luq” Umie menangis teresak-esak. Hatinya pilu melihat lelaki yang menyelamatkan maruahnya sedang bertarung nyawa. Kesakitan yang di rasai oleh Luqman turut di rasai oleh Umie. Rizal segera datang ke arah Luqman. Dia memeriksa nadi Luqman. “Cepat hubungi ambulans. Dia masih bernyawa.” arah Rizal kepada salah seorang rakan mereka yang berada di situ. Setibanya ambulans di tempat kejadian Luqman segera di bawa ke hospital. “Umie, kau naik dengan aku” pinta Rizal. “Kita pergi buat repot polis lepas tu kita tengok keadaan Luqman. Ok?” sambung Rizal lagi. Rizal menghubungi Nani untuk memaklumkan keadaan abang kandungnya. Selepas membuat laporan polis mengenai kejadian itu mereka menuju ke Hospital Ampang. Luqman di tempatkan di wad kecemasan. Ibu bapa serta adik-beradik Luqman telah berada di hospital tersebut. Umie menyalami tangan mak cik dan pakciknya itu. “Mak Long, ini semua salah Umie. Kalau Umie dengar nasihat Luqman supaya tak keluar dengan Syed mesti tak jadi macam ni.” terang Umie dengan nada sayu. “Tak apalah Umie. Benda dah nak jadi. Kita sama-sama berdoa Luqman tidak apa-apa.” Datin Kalsum cuba menenangkan anak buahnya itu. Dia tahu saat ini Umie pasti trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya. “Umie dah call mak dan ayah” tanya Dato’ Megat. “Belum Pak Long. Tapi sekejap lagi Abang Uzi akan datang sini. Umie tak nak diorang risau. Umie rasa bersalah Pak Long” ujur Umie pula. “ Umie janganlah macam tu. Itu bukan kesalahan Umie. Syed tu yang tak guna.” kali ni giliran Dato’ Megat pula cuba memujuk anak buahnya itu. “Biar Pak Long yang telefon diorang ok” pujuk Dato’ Megat lagi. Umie hanya mengangguk. Setelah hampir sejam Luqman di dalam wad kecemasan doktor mengesahkan yang keadaan Luqman sudah stabil dan boleh di pindakan ke wad biasa.
“Kak Umie balik lah rehat. Ibu ngan abah ada temankan along. Mesti akak penat kan” pujuk Nani adik bongsu Luqman. “Akak tak penat lah dik. Biarlah akak jaga abang. Lagipun akak terhutang budi dengan abang Luqman sebab selamatkan akak dari tangan buaya tu.” jelas Umie lagi. “Yelah, tapi akak perlu tukar baju, mandi dan makan. Kalau akak nak tengok along bangun dan tersenyum, akak kenalah senyum dulu. Pakai cantik-cantik. Nanti bila along buka mata tengok akak depan dia,mesti dia happy” pujuk Nani lagi. Kali ini Umie tidak dapat menolak. Dia benar-benar berharap Luqman memaafkannya. Segala kata-kata kesat yang di hambur pada Luqman kini terngiang di corong fikirannya. “Petang nanti Mie datang tengok Luq ye” ucap Umie pada Luqman yang masih tidak sedarkan diri. Dia seraya mengambil tas tangannya dan pulang ke rumah bersama abang kandungnya iaitu Uzi. Sudah 3 hari Luqman di tempatkan di Hospital Ampang dan tidak sedarkan diri. Sepanjang 3 hari itu juga Umie tidak jemu-jemu melawat Luqman. Setiap hari dia datang dengan membawa sejambak bunga sebagai tanda kasihnya pada lelaki itu. Sehinggalah pada suatu hari ada tindak balas pada diri Luqman apabila tanganya bergerak sewaktu Umie menjaganya. “Luq..bangunlah Mie datang nie. Luq sayang Mie kan? Kalau Luq sayang Mie janganlah tidur lama-lama” titik air mata mula gugur pada kelopak mata Umie. “Mie minta maaf sebab tak perasan cinta Luq begitu besar buat Mie. Mie sakitkan hati Luq. Mie sayangkan Luq. Jangan tinggalkan Mie” Umie memegang tangan Luqman dan menggengamnya erat. Dia mengusap lembut wajah Luqman. Ingin saja dia memeluk lelaki yang sedang terbaring kaku di hadapannya itu. Umie kemudian mencium dahi Luqman sebagai tanda cintanya. Tiba-tiba tangan Luqman bergerak. Segera Umie mendapatkan jururawat yang bertugas. Sewaktu dia masuk semula ke bilik berkenaan Luqman telah sedarkan diri. Umie terus menghubungi Dato’ Megat dan Datin Kalsum. Umie tidak berani masuk ke dalam bilik yang menempatkan Luqman. Dia tidak tahu bagaimana harus bertentang mata dengan lelaki tersebut. Setibanya Dato’ Megat sekeluarga, Umie hanya menunggu di ruang legar. Dia meninggalkan keluarga itu untuk bersama dengan Luqman. Nani datang menghampiri Umie dan mengajaknya masuk bertemu Luqman. “La..kat sini rupanya akak. Jom lah masuk dalam. Kata nak tengok along bangun kan.” tegur Nani yang melihat Umie duduk termenung di bawah sepohon pokok yang rendang. “Akak takut lah dik. Mesti abang Luqman benci akak kan?” jawab Umie. “Ish apalah akak ni. Insyaallah abang tak macam tu” pujuk Nani. Umie menuruti kata Nani walau berat langkahnya. Entah kenapa dia berasa lain macam. Padahal pada mulanya dia l ah yang beriya mahu menjadi orang pertama yang di temui oleh Luqman selepas sedar. Sekarang Umie pula yang cuba menjauhkan diri. Sewaktu hendak melangkah masuk ke dalam wad tesebut Umie mendengar Luqman Syafiq berkata kepada ibunya. “Bu..Along tak nak jumpa dia. Kenapa ajak dia datang sini” luah Luqman. “Along, tak baik along kata macam tu. Kak Umie yang jaga along mase along tak sedarkan diri tau” kata Angah membela Umie. “Angah, kau tak tahu cerita jangan menyampuk. Aku benci perempuan tu” jawab Luqman pada adiknya itu. Umie yang berada di pintu wad terus berlari meninggalkan tempat tersebut. Ateh yang kebetulan melihat Umie melarikan diri ke suatu tempat mengekorinya. “Kak Umie!!” jerit Ateh. Umie menoleh ke belakang dan memperlahankan langkahnya. “Akak tunggu ateh” jerit Ateh lagi dari jauh. Apabila sampai di hadapan Umie, Ateh memujuk Umie supaya jangan ambil hati dengan kata-kata abangnya tadi. “Ateh tak tahu ape yang dah jadi antara along dan kak umie. Tapi ateh tahu along tak benci kak umie. Dari mata dia ateh tahu dia bohong” Ateh menyambung kata-katanya. “Tak apa lah ateh, memang salah kak umie apa yang jadi dekat abang Luqman. Akak tak apa-apa. Akak nak sendirian je” jawab Umie. Ateh seakan mengerti saat ini Umie dan abangnya perlukan masa untuk berfikir. “Baiklah. Akak drive baik-baik ye” pesan Ateh pada Umie. Umie mengangguk lemah dan berlalu pergi. Setelah hampir 3 minggu kejadian tersebut berlaku, hubungan Luqman dan Umie masih belum pulih. Luqman juga seakan-akan menjauhkan diri apabila keluarga Umie datang menjenguknya di banglo Dato’ Megat. “Abah, Along nak pergi Perak. Along rasa dah tiba masa along beri lebih tumpuan kepada kerja along yang sebenarnya. Mengenai syarikat abah, angah boleh ambil alih sebagai pengarah urusan. Along lebih minat dalam bidang perkapalan. Jadi along nak bagi sepenuh tumpuan pada projek shipping along yang ada kat sana. Harap abah izinkan” terang Luqman sewaktu mereka sekeluarga makan malam. “Angah tak kisah Long, tapi abah izinkan ke?’ jawab Angah. “Abah sebenarnya berat hati nak melepaskan Along pergi tapi abah tak suka paksa anak-anak abah buat sesuatu yang mereka tidak suka” jawab Dato’ Megat pula. “Jadi bila nak pergi?” soal Dato’ Megat lagi. “Abah ni macam suka pula Along nak pergi” rajuk Luqman. “Eleh dah besar-besar pun manja lagi anak Ibu ni” sampuk Datin Kalsum yang dari tadi mendengar perbualan suami dan anak-anaknya. “Hehehe biasalah. Anak ibu mestilah manja” usik Uda pula. Mereka malam itu berbual panjang. Dato’ Megat bersyukur anak sulungnya itu telah sihat sepenuhnya. “Insyaallah minggu depan along akan berangkat ke sana” jawab Luqman. Sebenarnya syarikat perkapalan tersebut sudah lama di miliki olehnya. Namun kerana kekangan kerja bersama keluarganya membuatkan Luqman menyerahkan sepenuh kepercayaan kepada Zamri. Zamri adalah sahabatnya sewaktu dia menuntut di Universiti. Dialah yang banyak membantu Luqman menguruskan syarikat sewaktu ketiadaannya di sana. Semenjak pemergian Luqman ke Ipoh, Umie juga terus menyepi. Tiada khabar berita yang di terima. Terputuslah hubungan mereka. Luqman meneruskan kerjanya di sana dengan harapan baru.
Pada hujung minggu itu Luqman merasa sangat bosan. Dia mengajak Zamri menemaninya untuk membeli barang-barang dapur yang kian habis. “Luq, aku nak pergi toilet jap ye” kata Zamri. “Ok aku pusing-pusing sekitar sini jer” jawab Luqman. Sedang dia mencari bahan-bahan yang di senaraikan untuk di beli, dia terpandangkan kelibat seseorang yang sangat di kenali. Luqman tidak pasti lalu dia mengekori gadis tersebut. “Sah memang dia!” getus hati kecil Luqman. Luqman memberanikan diri mendekati gadis yang di maksudkannya itu. “Kak, kat mana tempat barang bayi” Luqman cuba bergurau dengan gadis itu. “Kat sa…..eh Luqman… ya Allah.Luqman buat apa kat sini” soal gadis itu pula. “Luqman cari Azza lah” balas Luqman lagi. Gadis tersebut terus mencubit pinggan Luqman kerana geram dengan usikan Luqman Syafiq yang tidak serius menjawab soalan. Azzatul Erni ialah teman sepermainannya dulu. Rumah Azza terletak bersebelahan dengan rumah Luqman. Azzatul Erni juga adalah gadis pertama yang pernah wujud dalam hidup Luqman. Tetapi kerana sifat Luqman yang acuh dan tidak acuh meluahkan perasaannya menyebabkan Azza bercinta dengan Rahmat. Luqman pula pada waktu itu tinggal di asrama. Maka Azza lebih rapat dengan Daud iaitu rakan baik Luqman sewaktu kecil. Luqman pula jenis yang ramai kawan perempuan menyebabkan Azza cemburu dan menyangka Luqman hanya menganggapnya sebagai kawan dan tidak lebih dari itu. Namun sehingga kini Azza tidak tahu bahawa Luqman Sayfiq menyimpan perasaan terhadapnya. Dia begitu cemburu bila Azza sering menceritakan mengenai kisah hidupnya dengan Rahmat. Luqman mula menjauhkan diri daripada Azza kerana dia tidak sanggup mendengar kebahagiaan gadis yang di cintainya dengan lelaki lain. Hubungan Azza dan Luqman terputus apabila Azza mengikuti keluarganya berpindah ke Ipoh. Luqman dan Azza ada juga berhubung namun tidak kerap seperti semasa mereka kecil. Sewaktu datang ke Ipoh ada juga Luqman ada terfikir untuk mencari gadis tersebut di kampungnya. Tetapi niatnya terbantut apabila terkenangkan yang hatinya pasti sakit bila mengetahui Azza bercinta dengan seseorang. Di lupakan saja niatnya itu. Tetapi kuasa Tuhan lebih besar, siapa tahu di dalam pusat beli belah Luqman bertemu semula dengan Azza. “Luqman makan dekat rumah Azza ye harini” pelawa Azza. “Emm Luqman tak tahu rumah Azza” jawab Luqman pula. “Ala Luqman ikutlah Azza balik sekarang ni. Lagipun dah lame mak tak jumpa Luqman. Boy pun mesti terkejut kalau tengok Luqman nanti” rayu Azza. “Ok boleh tapi kene tunggu sorang kawan Luqman. Dia pergi toilet tadi. Entah mana pulak tak nampak batang hidung” jawab Luqman setuju dengan pelawaan Azza sambil matanya melilau mencari kelibat Zamri. “Tak payah cari. Aku kat belakang kau je ni” sergah Zamri. “Saya boleh ikut tak ni?” usik Zamri kepada Azza. “Mestilah. Awak pun di jemput sekali” balas Azza pula. Di dalam kereta Zamri bertanyakan Luqman mengenai Azza. “Kekasih kau ke tu?” “Kenapa, kau berkenan ker?” duga Luqman. “Takkan lah. Aku kan dah bertunang. Tak lama lagi pun nak kawin. Aku tengok dia sama padan dengan kau. Kau pun dah lama sangat membujang. Sesuai sangat kalau nak di jadikan calon” terang Zamri lagi. Memang betul Azza seorang gadis yang ada ciri-ciri isteri mithali. Azza yang bekerja sebagai guru tadika dan berperwatakan baik membuatkan hati orang tua senang bila memandangnya. Begitu juga dengan Luqman. Ketenangan dapat di rasa bila memandang wajah Azza. Sifatnya yang manja dengan Luqman masih tidak berubah. Tutur katanya menyebabkan hati Luqman berkobar-kobar untuk jatuh cinta semula. “Assalamualaikum..mak..cuba tengok siapa yang Za bawa ni” Azza menegur ibunya yang leka memasak di dapur. “Man.. apa khabar kau nak? Sihat? Mak ayah sihat?” tanya Mak Eton bertubi-tubi kepada Luqman. “Mak ni kalau iye pun tanya la soalan satu-satu. Jenuh Luqman nak jawab” usik Azza. “Maaf la mak excited la tadi” jawab Mak Eton selamba. Mereka semua ketawa berdehak-dehak mendengar Mak Eton menggunakan perkataan English. “Wah dah teror lah Mak Eton cakap orang putih sekarang. Dah lebih 11 tahun Man tak jumpa makcik, dah advance makcik Man ni yer” usik Luqman pula. “Apa yang kecoh-kecoh kat dapur ni” tegur adik Azza yang baru pulang dari pekan. “Boy, apa khabar? Sihat?” Luqman menegur Boy. “ Eh, Abang Luqman. Sihat bang. Bila abang sampai” Boy yang seperti teruja dengan kehadiran Luqman mengajaknya duduk berbual di pangkin rumah. “Ha duduk la dulu sembang dengan Boy ye Man. Makcik nak buat air ni” jerit Mak Eton kepada Luqman. “Tak payah susah-susah makcik” jawab Luqman. “Apa yang susahnya Man , makanan segera je ni.” Mak Eton menjawab. “Za..nanti tolong mak cari daun serai. Malam ni mak nak masak gulai. Itu makanan kegemaran Man tu” pinta Mak Eton kepada anak gadisnya. “Baiklah mak” Azza membalas dan segera keluar mencari daun serai. “Mak masih ingat makanan kegemaran Luqman. Pelik.” Getusnya dalam hati. Sebenarnya Azza sendiri tidak pernah lupa makanan tersebut kerana semasa kecil Luqman sering makan tengahari bersama keluarga Azza. Bila Mak Eton memasak gulai ayam Luqman lah yang jadi orang paling gembira. Malah mereka pernah bergaduh gara-gara Luqman mencuri lauk di dalam pinggan Azza. Entah kenapa hati Azza begitu gembira bertemu dengan Luqman. Hampir 11 tahun mereka tidak pernah bersua muka. Hanya SMS dan panggilan telefon menjadi pelepas rindu. Namun Luqman pada waktu itu seolah-oleh menjauhkan dirinya daripada Azza. Azza tidak tahu apa puncanya. Tiba-tiba Azza di usung keresahan mengenangkan sesuatu. Dia risau rahsianya akan terbongkar. Selesai mengambil serai di belakang rumah Azza segera pulang untuk membantu emaknya memasak. Semasa makan malam Mak Eton bertanyakan tujuan Luqman berada di Ipoh. “Kau buat apa Man kat sini. Nak cari calon bini ker?” Mak Eton memulakan bicara. Merah padam muka Luqman mendengar soalan Mak Eton. “Haha apalah makcik ni. Man ada projek kat sini. Mungkin akan berada kat sini sampai projek tu habis” jawab Luqman dengan masih menahan malu pada soalan Mak Eton tadi. “Oh ada projek..” sampuk Aza. “Tadi mase Azza tanya main-main” sambung Azza lagi. “Hehe patutlah masin lauk ni. Ada orang marah la Boy. Ni mesti dia letak garam lebih kat lauk favorite abang” Luqman terus mengusik Azza sambil hatinya berbunga kembang melihat gadis di hadapan memanjangkan muncung. Luqman membantu Mak Eton dan Azza mengemas dapur. “Eh Man, kau pergilah duduk depan tu. Sembang-sembang ke, tengok tv ke. Ini kerja orang perempuan. Lagipun kau tu tetamu. Nanti kau dah tak nak pula datang pondok buruk makcik ni lagi” bebel Mak Eton melihat perangai Luqman yang begitu rajin membantunya. “Buruk apanya. Ok lah ni makcik. Orang yang duduk kat pondok ni pun cantik” kata Luqman sambil memandang ke arah Azza. Dengan harapan gadis tersebut akan menyedari kata-kata itu di tujukan untuknya. Azza perasan Luqman cuba memujinya. Ingin sahaja dia melompat gembira tetapi ada sesuatu yang menghalangnya.
Pada jam 8.00 malam Luqman dan Zamri meminta diri untuk pulang. Tetapi Mak Eton menghalangnya. “Tidoq la sini semalam. Esok kan hari minggu” pujuk Mak Eton kepada Luqman. “Kalau tak ada baju kau boleh pinjam baju Boy tu” ujur Mak Eton lagi. Mak Eton beriya-iya mahu Luqman tinggal sehari lagi di rumahnya. “A’ah bang, Boy pun tak puas lepak dengan abang. Kita boleh pergi mancing sama-sama” pujuk Boy pula. Boy tahu sejak dulu hobi Luqman adalah memancing. “Man tak de masalah sebenarnya makcik. Dalam bonet kereta Man tu penuh 1 beg pakaian. Yelah Man kerja tak tentu. Kejap kena lari sana. Kejap kena lari sini. Memang Man dah prepare siap-siap. Tapi si Zamri ni kena pergi ambil baju nikah dekat rumah tunangnya malam ni” terang Luqman kepada Mak Eton. “Tak apalah Luq. Kau tinggal jelah sini. Aku balik seorang je naik bas” cantas Zamri bila melihat Mak Eton benar-benar mahukan Luqman tinggal di sana. “Tapi macam mana kau nak ke sana” soal Luqman pula. “Kau hantar aku dekat stesen bas depan tu je. Boleh?’” jawab Zamri. “Mestilah boleh” Luqman bersyukur dapat teman yang memahami. Dia sememangnya mahu menghabiskan masa bersama Azza. Ini kerana Luqman sendiri tidak tahu sehingga bila dia akan berada di Ipoh. Memandangkan tugasnya di Ipoh kian teratur dia bercadang untuk membuka sebuah anak syarikat di Melaka pula. Kemungkinan besar Luqman akan merantau ke Melaka pula kali ini. “Azza, boleh teman Luqman hantar Zamri tak? Luqman takut sesat bila nak cari jalan masuk sini balik” Luqman cuba mencari peluang berbual dengan Azza. “A’ah Za pergilah temankan Man tu. Dia bukan tahu jalan kat sini. Nanti sesat dah tak jumpa pula rumah kita” Mak Eton menyampuk. “Nak suruh Boy temankan dia dah keluar ke surau pulak” sambung Mak Eton lagi. Azza menuruti sahaja arahan emaknya. Lagi pula Luqman dari keturunan baik-baik. “Dia takkan mengambil kesempatan ke atas aku” fikir Azza di dalam hati. Di dalam kereta selepas menghantar Zamri di stesen bas Luqman cuba bersembang dengan Azza. Rindu hatinya pada gelak tawa gadis di sebelahnya itu. “Azza rindu Luqman?” entah dari mana Luqman mendapat kekuatan untuk bertanyakan soalan itu. Aza tidak terus manjawab. Wajahnya di alihkan pada cincin di jari manisnya. “Rindu….” Jawab Azza. “Habis tu kenapa Azza macam tak happy je tengok Luqman dekat depan mata Azza” soal Luqman cuba meneka hati gadis pujaannya itu. “Yeke, Luqman je yang perasan kot. Azza happy je” Aza cuba menyembunyikan sesuatu. “Emm yelah. Macam mana kerja?” Luqman cuba menukar topik perbualan. “Ok. Azza seronok dapat berbakti kepada budak-budak. Cuti sekolah pula Azza akan bukak kelas mengaji dan hafaz Al-Quran” cerita Azza kepada Luqman. “Beruntung siapa yang kawin dengan Azza kan. Dah la pandai masak, pandai mengaji pula” Luqman memuji gadis pujaannya. “Tak adalah Luqman. Azza biasa je. Eh tadi bukan Luqman kata lauk yang Azza masak masin ker?” soal Aza sambil mencebik ke arah Luqman. “Luqman gurau je tadi tu. Suka tengok muka Azza yang masam mencuka bila kene usik” seloroh Luqman cuba menceriakan suasana. Pipi Azza yang sedikit tembam itu di cubitnya. “Jangan ambil hati ye sayang. Sayang masak tadi sedap sangat. Nasib tak habis 1 pinggan lauk abang bedal” kata Luqman dalam hati. “Luqman cakap apa?” Aza bersuara. “Aku cakap kuat ke tadi” fikirnya lagi. “Tak…Luqman cakap Aza dengan siapa sekarang? Dengan Rahmat lagi ke?” Luqman mencatur ayat supaya Aza tidak mengesyaki kata-katanya. “Rahmat? Cinta Azza dengan dia lama berkubur lah Luqman. Itulah siapa suruh Luqman merajuk dan bawa diri dari Azza. Semua cerita Azza, Luqman tak tahu kan” rajuk Azza. Luqman memberhentikan kereta di suatu kawasan rehat. Luqman memberanikan diri memegang jari jemari Azza yang halus itu. “Maafkan Luqman. Luqman dah sakitkan hati Azza” Luqman merenung wajah Azza dalam tetapi sungguh bermakna. Waktu itu Azza hanya memandang pada cincin yang di pakainya. Luqman mengangkat dagu Azza dan memalingkan wajah Azza kearahnya. Mereka bertentang mata. Ada jernih air mata di kelopak mata Azza. Ianya mengalir di pipi Azza. Saat itu terasa bahang panas mengalir di pipi gadis pujaannya. Lantas dengan laju Luqman menyeka air mata tersebut daripada jatuh. Azza menggenggam erat jari Luqman lalu dikucupinya. Kedengaran lagu Sheila on Seven di corong radio mendendangkan lagu Hari Bersamanya membuatkan hatinya semakin meruntun sayang pada jejaka di sebelahnya. Luqman yang terkejut dengan tindakan Azza hanya kaku memerhatikan wajah gadis itu. Hasratnya untuk berterus-terang mengenai perasaan hatinya di pendam dahulu. Masih banyak waktu lagi fikir Luqman. “Dah jangan nangis lagi. Jom balik. Nanti mak risau pula” Luqman memujuk Azza yang memeluk erat lengannya. Dia mencium dahi Azza sebagai tanda sayang. Antara mereka memang wujud cinta. Tapi sukar untuk di luahkan dengan perkataan. Hanya tingkah laku memberikan gambaran betapa sayangnya Luqman Syafiq kepada Azzatul Erni. Keesokkan harinya semasa bersarapan Boy mengajak Luqman pergi memancing di tali air. “Bang, jom pergi memancing lepas tu kita pergi mandi air terjun pula” ujar Boy. “Boleh juga. Pukul berapa nak pergi?” tanya Luqman pula. “Lepas makan ni kita bertolak lah” jawab Boy sambil mengunyah nasi goreng yang di makannya. “Kak nak ikut” ajak Boy kepada Azza. “Tak mau lah. Korang pergi jelah. Akak banyak kerja ni. Petang nanti budak-budak nak datang mengaji lagi” jawab Azza. “Ala akak ni tak sporting la. Abang Luqman ni bukan selalu datang rumah kita. Lagipun akak kan paling suka mandi air terjun. Kita pergi sekarang tengahari dah balik. Boy janji” rayu Boy cuba memujuk kakaknya. “Pergi jelah Za oii.. lagipun maka kan ada kalau budak-budak tu datang” Mak Eton menyokong kata-kata Boy. Luqman yang duduk di hadapan Azza mengeyit mata tanda suka dengan keputusan Azza menyertai mereka sebentar nanti. Azza yang berkongsi tali pancing bersama Luqman mencari tempat yang sesuai. Sementara itu Boy sibuk dengan pukat yang di buatnya sendiri. “Boy jangan pergi jauh-jauh. Kau tu tak reti berenang. Kang lemas akak tak tahu” pesan Azza kepada Boy. “Alah akak ni orang tahu jaga diri la. Akak tu yang kena jaga diri. Takut-takut termasuk ke jerat pancing abang Luqman.” usik Boy. Azza dan Luqman berpandangan. Hanya mereka yang tahu apa yang ada di dalam hati mereka. Lonceng di pancing Luqman berbunyi menandakan umpan mengenai jerat. Luqman pada waktu itu sedang berada di bawah bersama Boy, segera berlari ke atas membantu Azza menarik pancing tersebut. Luqman memegang pancing yang sedari tadi berada di tangan Azza. Situasi itu menjadikan Luqman berada di belakang Azza dan memeluknya. Mereka berdua menarik ikan yang tersangkut di pancing tersebut dengan penuh kudrat. Akhirnya berjaya juga ikan keli tersebut di naikkan ke darat. Azza dan Luqman terjatuh ke belakang. Luqman memeluk erat Azza kerana risau Azza akan terjatuh ke bawah dari tali air tersebut. Untuk seketika Azza merasakan bahagia yang amat sangat. “Woi..woi jangan nak buat cerita Hindustan depan orang pula” sergah Boy yang baru muncul dari bawah. Mereka berdua tersipu malu. “Sekarang ni ikan dah dapat jom kita pergi mandi air terjun. Badan Boy pun bau parit” pinta Boy. Mereka berjalan kaki menuju ke arah air terjun. Anak bukit yang mengalirkan air terjun itu kelihatan cantik sekali. “Abang Luqman, kita mandi yang dekat area sini. Kat bawah tu dalam sikit” terang Boy. “Ok” jawab Luqman. Dia menanggalkan bajunya di hadapan Azza menyebabkan muka gadis itu merah padam. “Opss sorry” Luqman yang perasan Azza memandangnya menyarung kembali baju yang di pakainya. “Tak mandi ke?” soal Luqman kepada Azza. “kejap lagi. Nak ambil feel”jawabnya ringkas. “Ok Luqman pergi dulu ye” lantas Luqman meninggalkan Azza dan berendam di dalam air bersama Boy. Sewaktu Azza berjalan menyusuri batu-batu yang terdapat di dalam air terjun tersebut dia tergelincir. Azza di hanyutkan arus deras ke bahagian bawah air terjun yang dalam. “Tolong!” jerit Azza. Luqman yang perasan segera terjun ke kawasan tempat Azza kelihatan terkapai-kapai. Dia tahu Azza sedang lemas. Bila dia tiba di bawah bayang Azza tidak kelihatan. Dia menyelam mencari Azza. Lebih kurang 5 minit Luqman berjaya menemui Azza. Azza segera di bawa ke tebing. Dia tidak sedarkan diri. Luqman memberikan bantuan pernafasan. Mujurlah sewaktu belajar di Universiti dulu Luqman aktif menyertai Persatuan Bulan Sabit Merah jadi dia pernah belajar mengenai kemahiran cardiopulmonary resuscitation atau lebih di kenali sebagai CPR. Azza akhirnya berjaya di selamatkan. Dia yang kelihatan pucat memeluk Luqman. Luqman menggendong Azza dan membawanya ke atas. Di atas Luqman membaringkan Azza semula ke tanah. “Azza ok tak? Boleh jalan?” soal Luqman. Azza hanya mengangguk dan mereka berjalan pulang ke rumah. Mak Eton yang mengetahui anak gadisnya yang lemas di dalam air terjun lekas-lekas pulang dari warung untuk melihat keadaannya. “Macam mana boleh jadi macam ni Boy” marah Mak Eton pada Boy. “Makcik.. Boy tak salah. Azza yang tergelincir kat air terjun tu” terang Luqman cuba meredakan keadaan. “Yelah tapi kalau Boy tengok-tengokkan kakak dia, takkan lah jadi macam ni Man” Mak Eton mengesat air matanya. Bukan niatnya untuk memarahi Boy tetapi hati tuanya yang risau dengan keselamatan anak-anaknya. Suaminya meninggal dunia sejak 15 tahun yang lalu. Kini tinggal hanya Azza dan Boy sebagai peneman setianya dia kampung. Pastinya dia risau jika terjadi sesuatu yang buruk pada Azza. Petang itu budak-budak datang untuk belajar mengaji. Tetapi Azza masih lemah dan Mak Eton pula tiada mood untuk mengajar. Di arahkan budak-budak itu supaya pulang sahaja. Tiba-tiba Luqman memanggil kanak-kanak yang baru hendak pulang ke rumah mereka. “Eh, nak pergi mana tu. Nak belajar mengaji kan.” panggil Luqman kepada kanak-kanak tersebut. “Tapi Mak Eton kata Ustazah tak sihat” jawab salah seorang daripada kumpulan kanak-kanak tersebut. “Ustazah tak de tapi Ustaz ada harini. Ustaz akan ajar korang. Tapi Ustaz ada permintaan sikit” ujar Luqman pada mereka. “Apa dia?” tanya gadis comel bertudung litup. “Malam ni korang kena sembahyang jemaah sama-sama dengan Ustaz. Kita doa supaya Ustazah cepat sembuh. Allah kata kalau kita berdoa beramai-ramai Allah akan cepat memakbulkan doa kita” Luqman menerangkan tujuannya kepada kanak-kanak tersebut. “Okey kitaorang setuju” jawab mereka semua. Luqman menemui Mak Eton dan memintanya memasak lebih pada malam ini. Kerana dia menjemput kanak-kanak yang mengaji bersamanya sembahyang dan makan malam bersamanya. Mak Eton dengan lemah setuju dengan permintaan Luqman. Di keluarkannya note RM50 sebanyak 6 keping dan di serahkan kepada Mak Eton. “Makcik suruh Boy pergi beli lauk-lauk dan sayur untuk di masak malam nanti ye” pinta Luqman. “Banyak sangat ni Man” Mak Eton seakan terkejut dengan tindakan Luqman. “Tak pe baki simpan je. Sekarang ni Man nak ajar budak-budak tu mengaji. Makcik buatlah apa yang patut ye” jawab Luqman dan berlalu pergi meneruskan niat murninya.
Petang itu kedengaran merdu suara Luqman Syafiq mengajar kanak-kanak tersebut mengaji. Azza yang sedang sedang berehat di biliknya segera keluar. Setahu dia, emaknya tidak mahu menggantikan tempatnya mengajar budak-budak mengaji. Siapa pula yang mengambil alih tugasnya. Di selaknya tirai yang memisahkan antara biliknya dan ruang tamu. Kelihatan wajah tampan Luqman Syafiq sedang mengajar kanak-kanak tersebut. Sedap juga suara mamat ni” getusnya dalam hati. Selesai mengaji mereka seisi rumah menunaikan sembahyang berjemaah bersama Luqman lah yang menjadi imam. Di dalam doa penutup Luqman memohon akan kesejahteraan dan kesihatan Azza. Hati Azza menjadi sangat terharu dengan tindakan Luqman. Belum ada lelaki yang hadir dalam hidupnya lengkap pakage seperti Luqman Syafiq. “Beruntung siapa yang menjadi isteri Man kan” Mak Eton bersuara semasa dia dan Azza sedang menyediakan makanan untuk kanak-kanak yang hadir. “A’ah Mak. Kenapa mak berkenan ker? Tapi mak ada anak perempuan sorang jer. Mak nak jodohkan dia dengan siapa? Boy?” Azza cuba berjenaka. “Emak tahu lah Azza. Bukan jodoh kau tu” Mak Eton menasihati anaknya. Dia faham benar isi hati Azza. Dia yang melahirkannya dan membesarkannya. Sekilas ikan di laut sudah tahu jantan betinanya. Mak Eton sedar Azza cinta dan sayangkan Luqman. Tetapi perjanjian dia dengan keluarga Haji Misrani tidak boleh di tolak tepi. “Makcik, Man balik dulu ye” Luqman meminta izin untuk pulang selepas makan malam tersebut. “Makcik pun nak ucap terima kasih sebab ganti tempat Azza petang tadi” balas Mak Eton pula. “Tak apa-apa lah tu makcik. Budak-budak tu boleh tukar angin. Asyik tengok ustazah je kan. Sekali-sekala dorang tengok ustaz pula” jawab Luqman sambil membuat jenaka. Azza yang ketika itu dalam bilik berpura-pura sedang tidur bila emaknya masuk ke bilik. “Azza tu tidur pula. Nak kejut ke?” tanya Mak Eton pada Luqman. “Eh tak pelah makcik. Mungkin dia penat tu” Luqman meyalami tangan orang tua tersebut dan berlalu memasuki keretanya. “Senang-senang datanglah jenguk kami bang” Boy berpesan. “Baiklah” Luqman menjawab. “Kirim salam pada kak Azza ye. Cakap abang doakan dia cepat sembuh” pesan Luqman pula pada Boy. Boy hanya mengangguk. Mak Eton dan Boy melambai pada tuan kereta Mitsubishi Lancer berwarna putih itu. Makin lama bayang Luqman hilang dari pandangan. Di dalam bilik Azza termenung memandang syiling rumahnya. Dia berat hati melepaskan Luqman pergi. Sebab tu dia tidak mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Luqman. Dia khuatir emaknya dapat menghidu perasaanya terhadap Luqman. Azza tahu dia pasti akan mengalirkan airmata di hadapan lelaki tersebut. Sebab itu dia berpura-pura sedang tidur sewaktu Luqman ingin pulang. Di dalam kereta, Luqman pula hampa kerana hasratnya untuk berterus-terang tentang perasaannya terhadap Azza perlu di tangguhkan. Lantas dia mendail nombor telephone Azza yang telah lama ada di dalam simpanannya. Namun nombor yang di hubungi tiada di dalam talian. Luqman menyesal kerana tidak meminta nombor Azza. Sangkaannya Azza masih menggunakan nombor lama. Kini dia berharap agar Azza akan menghubunginya. Hari berganti minggu, minggu berganti bulan. Luqman merasakan bahawa dia tidak membendung lagi rindunya pada Azza. Dia nekad pada hujung minggu ini akan bertemu gadis pujaannya. Selesai saja tugasnya di di Pelabuhan Tanjung Perak, Luqman segera bergegas ke rumah Mak Eton. Setibanya dia di sana di dapati ada sebuah khemah terpasang kemas di halaman rumah Mak Eton. “Assalamualaikum..” Luqman memberi salam. “Waalaikumsalam.. Man ke tu?” jerit Mak Eton yang cepat-cepat membuka pintu. Luqman tersenyum memandang wajah Mak Eton. “Azza kat sekolah lagi. Pukul 12 nanti baru dia balik makan tengahari” Mak Eton menerangkan tanpa di pinta oleh Luqman. Mak Eton seakan tahu soalan yang bakal di tanya oleh Luqman. Dia hanya mengangguk tanda memahami kata-kata Mak Eton. “Boy mana?” tanya Luqman. “Ada. Dia pergi ke pekan. Sekejap lagi balik lah tu” jawab Mak Eton. “Dah lama kau tak datang sini. Sibuk ke?” soal Mak Eton sambil menjamu Luqman dengan pisang goreng dan air kopi panas. “A’ah makcik. Sibuk. Tapi sekarang kerja Man dah habis kat sane. Man nak pergi ke Melaka pula. Sebelum tinggalkan sini Man nak lah jumpa makcik sekeluarga” terang Luqman. Jauh di sudut hatinya dia hanya ingin bertemu dengan kekasih hatinya sahaja iaitu Azzatul Erni. Dari dalam rumah Mak Eton kedengaran bunyi motor Honda EX5 kepunyaan Boy memasuki halaman rumah. Boy berlari mendapatkan tetamu yang hadir di rumahnya. Dia cukup kenal dengan pemandu kenderaan yang baru sahaja di lihatnya sebentar tadi. “Bang, syukur Alhamdulillah abang sempat juga datang sebelum majlis berlangsung. Kak Azza kata dia tak de nombor telephone abang sebab tu kami tak dapat hubungi abang nak maklum berita baik ni” Boy mula berbicara. Luqman yang masih kebingungan tidak faham apa yang cuba di sampaikan oleh Boy. “Kau dari mana?” tanya Luqman kepada Boy. “Boy baru balik dari pekan lah pasang sepanduk kawin” jelas Boy lagi. Nyata Luqman masih belum mengerti. “Kawen?? Siapa yang kawen ni. Kau ker? Oh patutlah ada khemah yang kat luar tu ye. Adik abang ni nak kawin” ujar Luqman. Boy dan Mak Eton berpandangan. “Bang, Kak Azza tak pernah cerita ke yang dia dah bertunang. Hari Sabtu ni dia akan bernikah” terang Boy kepada Luqman yang sedang keliru. Pisang yang di makannya seakan tersekat di kerongkongnya. Dia mencapai air minuman namun air tersebut terasa kelat. Nyawanya seolah-olah mahu tercabut. Luqman cuba mengawal emosinya. “Emm pernah tapi dia tak pernah bagi tahu bila. Abang tak sangka pula seawal ini dia nak bernikah. Kalau abang tahu mesti lebih awal abang sampai” jawab Luqman menyembunyikan perasaannya. Mak Eton yang memerhatikan gelagatnya tahu jiwa anak muda itu sedang resah. Kekasih hati akan menjadi milik orang. Kalau di ikutkan hati Mak Eton dia lebih rela Luqman tidak mengetahui mengenai majlis tersebut. Dia tidak mahu melihat Luqman kecewa. Sewaktu Luqman duduk di pangkin rumahnya Mak Eton datang ke arah Luqman. “Man, makcik tahu apa yang ada di dalam hati kamu. Tapi makcik minta kamu tidak buat hal semasa majlis akad nikah Azza nanti” Mak Eton menyatakan kegusaran di hatinya. “Makcik jangan risau, Man tau Man bukan pilihan Azza. Man redha makcik. Sementara Man ada kat sini izinkan Man membantu apa yang patut’” Luqman menjelaskan situasi dirinya. Pada tengahari itu seperti yang di beritahu Mak Eton, Azza pulang ke rumah untuk makan tengahari. Itu adalah persekolahan terakhirnya sebelum dia bercuti panjang bersama bakal suaminya. Sewaktu tiba di rumah Azza terkejut dengan kehadiran Luqman. “Baru balik sekolah ke cikgu” Luqman menegur Azza. Azza yang serbasalah dengan kehadiran Luqman tergagap untuk menjawab soalan Luqman. “Sampai hati nak kawin tak jemput Luqman. Nasib Luqman datang sini tepat pada masanya. Kalau tak melepaslah Luqman nak tengok kawan Luqman ni kawen” sambung Luqman lagi. Luqman tahu saat ini dia perlu menjadi lebih tenang. Dia tidak mahu Azza berasa bersalah terhadapnya. Silapnya juga cuba mewujudkan perasaan cinta antara dia dan Azza tanpa mengetahui Azza sudah berpunya. “Azza tak tahu nombor Luqman” jawab Azza lambat. “Emm tak pelah. Lagipun Luqman dah dekat sini. Ada 3 hari lagi sebelum majlis tu. Boleh la Luqman tolong apa yang patut” jawab Luqman lagi. Walaupun Azza dan Luqman berlagak seolah-olah tiada apa-apa antara mereka Mak Eton tahu masing-masing memendam perasaan. Mak Eton menghargai apa yang di lakukan oleh Luqman yang tidak mahu mencetuskan perbalahan antara dia dan bakal besannya. Pagi esoknya Luqman bangun awal dan mengajak Mak Eton ke pasar mencari bahan-bahan untuk kenduri. Orang kampung memang lebih suka masak secara gotong-royong daripada mengupah catering. Luqman jugalah yang mengeluarkan belanja barang-barang yang hendak di beli. Mak Eton benar-benar terpegun dengan pengorbanan Luqman terhadap insan yang dicintainya. Baginya memang sukar mencari lelaki yang mencintai seseorang tanpa mengharap perempuan itu mencintainya semula. Di rumah Azza sedar akan ketiadaan emaknya lantas dia bertanya kepada Boy. “Emak mana Boy?” soal Azza dengan muka yang masih sembab kerana seharian dia menangis malam tadi mengenangkan cintanya terhadap Luqman terpaksa di kuburkan begitu sahaja. “Emak pergi pasar dengan abang Luqman” Boy menjawab. “Sepanduk akak semua kau dah siap pasang ker” soal Azza lagi. “Dah la. Orang pasang dari semalam tau. Kak masak la apa-apa. Boy lapar ni. Mak dari tadi tak balik-balik” pujuk Boy supaya kakak kesayangnnya itu memasak. “Okey akak nak masak lah ni” jawab Azza sambil mencubit telinga adik kesayangannya itu. “Adoi sakitlah kak” marah Boy kepada kakaknya itu.
Sepanjang tempoh 2 hari yang ada itu, Luqmanlah orang yang paling sibuk menyiapkan segala persiapan majlis akad nikah buah hatinya. Tiada seorang pun yang tahu yang di dalam keriuhan sanak saudara yang hadir untuk kenduri tersebut terdapat dua orang yang sedang berduka. Sekiranya ada anugerah untuk pelakon kehidupan realiti pasti anugerah tersebut di hadiahkan buat mereka berdua.Mak Eton memberitahu sanak saudara bahawa Luqman adalah anak angkatnya supaya sanak-saudara tidak salah anggap dengan kehadirannya. Sekali sekala Luqman mencuri pandang Azza yang sibuk menyiapkan bunga telur. Sebenarnya pada Jumaat malam Sabtu itu adalah malam terakhir Luqman berada di situ. Dia tidak memberitahu sesiapa pun. Tidak kepada Mak Eton mahupun Azza. Luqman tahu hatinya tidak kuat untuk bertahan di sana melihat Azza sah menjadi milik orang. Jadi dia telah mengambil keputusan untuk meniggalkan rumah tersebut pada malam itu selepas semua orang tidur. Sebab itu kamera Nikon D7000 sentiasa berada bersamanya pada malam terakhirnya di sana. Dia mahu mengabadikan setiap inci gerak-geri Azza di dalam gambar. Hanya gambar Azza sahaja yang mampu dia miliki. “Okey bakal pengantin senyum sikit. Kalau masam rosak gambar nanti” pinta Luqman kepada Azza sebelum mengambil gambarnya. Azza terseyum pahit. Senyuman di bibirnya tapi di hati hanya duka. “Abang Luqman pinjam kamera. Meh Boy amik gambar abang dengan akak” rayu Boy bila melihat Luqman memegang kamera idamannya. “Fuh dah lama Boy nak beli kamera macam ni. Tak sangka hari ni Boy dapat tengok depan mata” sambung Boy dengan penuh teruja. “Boy hati-hati kamera orang tu. Kalau rosak mahal nanti nak ganti” marah Azza kepada adiknya itu. Boy menangkap gambar mereka berdua. Dia membawa kamera tersebut untuk mengambil beberapa keping gambar tetamu dan sanak-saudara. “Biarlah, kamera tu tak mahal berbanding harga cinta Azza yang mahal untuk Luqman miliki” bisik Luqman di telinga Azza lantas meninggalkan Azza sendirian di dalam bilik tersebut. Airmata Azza terus gugur sebaik sahaja mendengar kata-kata Luqman. Mahu sahaja dia membatalkan pernikahannya dengan Mohd Nizam Bin Haji Misrani. Azza tidak pernah mencintai lelaki itu malah membencinya. Tetapi kerana desakan keluarga Haji Misrani dan emak Azza pula banyak terhutang budi kepada Haji Misrani sewaktu hendak memulakan perniagaan warungnya dulu dia bersetuju untuk mengahwini lelaki itu. Emak Nizam beriya-iya mahukan Azza menjadi menantunya kerana yakin Azza dapat mengubah perangai anaknya sukar di kawal. Demi menjaga nama baik keluarga Azza meneruskan juga majlis itu. Biarpun dia berkahwin dengan Nizam cinta di hatinya hanya untuk Luqman. Pada hari Sabtu itu sebelum Azza di ijab kabul, Mak Eton kelihatan risau. Tak tentu arah di buatnya. “Mak ni kenapa? Za yang nak kawin emak pulak yang nervous” usik Azza. Mak Eton lantas menyerahkan nota yang ditinggalkan oleh Luqman kepada Azza.
Makcik, Azza dan Boy…
Luqman terpaksa pergi dahulu. Maaf kerana tidak dapat bersama-sama di majlis akad nikah Azza. Luqman ada kerja yang perlu di selesaikan. Terima kasih atas layanan anda semua. Luqman rasa seperti sebahagian daripada keluarga makcik. Buat Azza tahniah kerana bakal menjadi isteri orang. Jagalah suami Azza sebaik mungkin. Sayangilah dan cintailah dia sepenuh hati. Luqman mendoakan yang terbaik buat Azza… terima kasih atas segalanya..
Salam sayang,
Luqman Syafiq
Azza memegang erat nota terakhir peninggalan Luqman buatnya. Itu adalah kenangan terakhir antara dia dengan Luqman. Tiba-tiba rumah Azza menjadi gamat. Kehadiran keluarga Haji Misrani memeranjatkan mereka seisi keluarga. Azza keluar menemui emaknya yang sedang berbincang dengan bakal mertua dia. “Kenapa ni mak?” soal Azza kepada emaknya. Dia lantas menyalami tangan Hajjah Aminah. “Azza, makcik dan pakcik datang sebenarnya mahu memutuskan pertunangan kau dengan Nizam. Malam tadi Nizam di tangkap khalwat. Perempuan yang bersama dengan Nizam pula sudah bunting 2 bulan” jelas Hajjah Aminah. “Makcik tahu kita semua pasti menanggung malu jika majlis akad nikah tengahari nanti terpaksa di batalkan. Tapi itulah sebaiknya. Makcik tidak mahu kamu terseksa berkahwin dengan Nizam” sambung Hajjah Aminah. Walaupun Haji Misrani dan Hajjah Aminah berasal daripada golongan baik-baik namun Nizam tidak seperti acuan ibu bapanya. Dia memang kuat meberontak dan agak liar. “Tak mengapalah makcik. Azza faham. Ini Azza pulangkan cincin Nizam. Mengenai duit hantaran kita bincang nanti. Sebab sekarang Azza rasa makcik perlu melangsungkan perkahwinan antara Nizam dan pasangannya itu” jawab Azza tenang. Hajjah Aminah dan Haji Misrani pelik dengan reaksi bakal pengantin perempuan. “Jikalau pakcik dan makcik tidak kisah, makcik dan pakcik bolehlah menggunakan persiapan majlis saya dengan Nizam ini untuk Nizam dengan pasangannya itu. Lagi pula tok kadi telah di undang, tidak manis pula kalau kita membatalkannya di saat-saat akhir. Tetamu pula telah di jemput. Demi menjaga maruah kami sekeluarga sudilah kiranya pakcik dan makcik menerima cadangan saya” rayu Azza. Setelah berfikir sejenak Haji Misrani bersetuju. Lagi pula Nizam dan pasangannya memang berada di dalam kereta. Majlis akad nikah itu tetap diteruskan namun hanya pengantinnya saja yang bertukar. Tetamu yang hadir mula berkata sesama sendiri. Kelihatan Azza sedang meninggalkan halaman rumahnya untuk menuju ke suatu tempat. “Kak, akak nak pergi mana tu” jerit Boy kepada kakaknya. “Akak nak cari Abang Luqman” jelas Azza. “Akak tahu ke nak cari dia kat mana?” soal Boy lagi. Azza hanya menjungkitkan bahu tanda tidak tahu. “Nah, ini nombor telephone abang Luqman. Sekarang ni dia ada dekat tempat air terjun yang kita pergi dulu” lancar saja Boy menjelaskan butir-butir maklumat yang ingin di ketahui oleh kakaknya. Azza memandangg adiknya lama. “Mana Boy tahu?” soal Azza hairan. “Biasalah man to man talk” gurau Boy mengusik kakaknya itu. Dia juga suka sekiranya kakaknya bersama dengan Luqman. “Kak good luck!” pekik Boy dari jauh. Azza tersenyum lebar. Hatinya berbunga gembira. Kini tiada sesiapa yang boleh menghalang cintanya bersama Luqman. “Luqman tunggu Azza tau” kata Azza di dalam hati.
Di puncak gunung air terjun kelihatan seorang lelaki sedang duduk sendirian sambil memegang sekeping gambar di tangannya. Bunyi deruan air terjun menyebabkan Luqman tidak perasan akan kehadiran Azza. Azza perlahan-lahan cuba mendekati lelaki tersebut. Saat itu Luqman yang sedang berbaring di sebuah batu besar bingkas duduk. Bukan kerana perasan akan kehadiran Azza tetapi dia ingin memperkatakan sesuatu. Luqman berbicara seorang diri. Perlahan namun dapat di dengar dengan jelas oleh Azza setiap butir bicara Luqman itu. “Mesti sekarang kau dah sah jadi isteri orang kan” kata Luqman pada sekeping gambar yang di pegangnya. Azza meneliti dari jauh siapakah gerangan gadis di dalam foto tersebut. Gambar yang kelihatan samar-samar kemudian jelas pada pandangan Azza. Itu adalah gambarnya bersama Luqman malam sebelum Luqman menghilangkan diri. “Aku minta maaf sebab kena lepaskan kau. Aku cintakan kau. Kau cintakan aku tak?” sambung Luqman lagi pada gambar itu. Tiba-tiba angin kuat menerbangkan gambar yang berada di dalam genggaman Luqman. Dia cuba bangun untuk mendapatkan semula gambar yang telah jatuh ke dalam air. “Aku pun sayangkan kau….” Azza bersuara. Kata-kata Azza membuatkan Luqman menoleh kebelakang. Dia seakan terkena renjatan elektrik selepas melihat Azza berada di belakangnya. “Azza.. apa Azza buat kat sini” Luqman lantas melihat jam tangannya. “Sekarang ni Azza sepatutnya berada di rumah. Majlis akan berlangsung sekejap lagi” sambung Luqman lagi. “Azza cari Luqman lah” jawab Azza ringkas. “Hee Azza nak kenakan Luqman ye” Luqman menduga. Luqman masih ingat lagi itulah perkataan yang di sebut kepada Azza semasa pertemuan mereka di Pusat Beli Belah. “Dah jom Luqman hantar Azza balik. Mak mesti risau bila pengantin hilang” Luqman turun daripada batu tempat dia duduk lantas mencapai tangan Azza dan menariknya untuk balik. ”Azza tak nak balik” bentak Azza menghentikan langkah Luqman. “Luqman bagi tahu dulu kenapa Luqman tak hadir majlis Azza” seakan memancing jawapan daripada Luqman. Luqman yang terdesak pada waktu itu terpaksa menjawab soalan Azza. “Luqman ada kerja..” jawab Luqman. “Luqman tipu. Kerja Luqman dah lama habis” kata Azza dalam rajuknya. “Kalau betul Luqman ada kerja kenapa Luqman masih kat sini” Azza menjerat Luqman dengan soalan cepumasnya. “Luqman tertinggal sesuatu….” Luqman sengaja tidak mahu menghabiskan kata-katanya. “Apa dia…” Azza tidak sabar menunggu jawapan seterusnya. “Cinta Luqman…” jawapan yang lengkap tapi masih berteka-teki. “Ok Luqman dah bagitahu kenapa Luqman ada kat sini. So, giliran Azza pula cakap apa yang Azza buat kat sini” pinta Luqman kepada buah hatinya itu. Luqman tidak mahu Azza menjadi seorang anak yang derhaka. “Kalau Luqman tak hilangkan diri pagi tadi mesti Luqman tahu apa yang jadi…” jawab Azza. Dia yakin Luqman pasti ingin mengetahui apa yang terjadi pada majlis tersebut sewaktu ketiadaanya. “Apa yang jadi. Majlis tu di batalkan ker” Luqman cuba meneka. Dia juga berharap supaya apa yang di jangkakan olehnya itu tepat. Luqman adalah orang yang paling gembira jika pernikahan itu di batalkan. “Tak.. majils tu tetap berlangsung seperti yang di rancang…” Azza menjawab. Mendengar sahaja pada kata-kata itu hati Luqman yang mula mekar kini terkulai layu. “Cuma… bakal pengantinnya saja yang bertukar” sambil Azza melemparkan senyuman pada Luqman. Dia ingin melihat reaksi lelaki tersebut bila mendengar ayat seterusnya. Luqman yang pada ketika itu sedang memandang tanah yang basah perlahan-lahan mengangkat mukanya memandang Azza. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru di dengarinya tadi. “Emm maksud Azza..” kata-kata Luqman tersekat. “Maksud Azza, Azza tak jadi kawin dengan Nizam lah. Pagi tadi selepas Luqman pergi keluarga Nizam datang bagi tahu Nizam di tangkap khalwat dengan Bella. Cuba Luqman tengok jari Azza, dah tak de lagi cincin pemberian Nizam” jelas Azza sambil menunjukkan jarinya pada Luqman. Luqman memang perasan akan kehadiran cincin belah rotan yang di pakai oleh Azza. Tetapi dia tidak pernah bertanya mengenai hal itu “Sekarang Azza bukan milik sesiapa” sambungnya lagi. Luqman lantas menyelok kocek seluarnya. “Luqman ada cincin ni. Sekarang Azza milik Luqman” seraya Luqman menyarungkan cincin emas 14 karat ke jari manis Azza. Azza yang tergaman dengan tindakan Luqman masih kaku tidak bersuara. “I Love You” bisik Luqman ke telinga Azza. Azza menjawab “I Love You too..”. Azza di tarik ke dalam dakapan Luqman. Luqman tahu saat ini dia dah berjaya memiliki cinta Azzatul Erni. “Habis sekarang ni kita nak pergi mana” soal Azza di dalam kereta. “Kita pergi jalan-jalan jap” jawab Luqman. Sepanjang perjalanan jari-jemari Azza kemas berada di dalam genggaman Luqman. “Luqman takkan lepaskan lagi tangan Azza..” Luqman bersuara sambil menatap wajah ayu di sebelahnya. Azza kemudian mengucupi jari Luqman sebagai tanda setianya. Di dalam kereta mereka berbual panjang. “Kalau Luqman nak panggil Azza Sayang boleh? Kitakan tengah bercinta sekarang. Luqman nak juga rasa ada kekasih” pinta Luqman. “Emm selama ni Luqman takde girlfriend ker? Mesti dah ramai perempuan Luqman dah panggil sayang kan” Azza cuba memancing. “Tak pernahlah sayang. Sumpah! Urmm kalau boleh Luqman nak Azza panggil Luqman Abang, itupun kalau Azza sudilah.” Luqman memancing jerat cintanya. “Tak elok bermain dengan sumpah bang..” Azza menjawab pantas. Dia lantas memalingkan wajahnya ke luar. Malu bila membahasakan diri Luqman sebagai abang. Luqman kelihatan tersenyum dengan jawapan Azza. Azza kemudian bertanyakan Luqman mengenai sesuatu yang telah lama ingin di ketahuinya. “Abang, boleh sayang tahu sejak bila abang mula jatuh cinta dengan sayang?” soal Azza sambil merenung dalam anak mata Luqman. “Dah lama..sejak kita kecil lagi. Abang jatuh cinta dekat sayang saat kita panjat bumbung rumah sebab nak tidur kat loteng, abang dah mula jatuh cinta. Saat kita sama-sama menyorok bawah bas bila kena kejar dengan Haji Leman sebab curi buah rambutan dia, abang dah mula jatuh cinta” Luqman menberikan jawapan sambil tangannya mengelus lembut rambut Azza. “Sayang tahu tak abang cemburu bila sayang keluar bermain dengan Daud” tutur Luqman lagi. “Tapi Daud kan kawan kita, kawan abang juga” balas Azza cuba memujuk hati kekasihnya. “Memanglah abang tau. Tapi ntah abang pun tak tahu kenapa abang cemburu sangat” Luqman meluahkan perasaannya. “Kenapa dari dulu abang tak pernah luahkan perasaan pada sayang” Azza menyoal lagi. Mahu saja dia merungkai segala peristiwa yang pernah terjadi antara dia dan Luqman lebih 10 tahun dulu. “Sayang dah lupa ker waktu tu sayang sibuk dengan kisah cinta sayang dengan si Rahmat. Macam mana abang nak luahkan perasaan abang” terang Luqman lagi. “Yelah waktu tu sayang tengok abang ramai girlfriend. Bila balik cuti jer asyik cerita pasal perempuan itulah inilah. Sebab tu lah sayang terima cinta Rahmat” Azza menerangkan kedudukannya pada waktu itu. Tiba-tiba Luqman diurung perasaan serbasalah dengan tindakannya dulu. Tetapi dia mempunyai jawapan bagi setiap tingkah lakunya. Luqman memberhentikan kenderaannya di sebuah taman permainan. Mereka berbual lagi di situ. “Abang buat macam tu sebab nak tengok sayang cemburu tak. Tapi abang tengok sayang macam tak kisah je. Suatu hari bila abang balik, Daud bagitahu yang sayang bercinta dengan Rahmat. Barulah abang sedar yang sayang tak sayangkan abang” jelas Luqman sambil berjalan ke arah buaian mainan yang berada di situ. Azza yang berada di belakang Luqman segera memintasnya. Kini Azza betul-betul berada di hadapan Luqman. “Syhh jangan kata macam tu. Sayang, sayangkan abang. Sayang sangat..” sambil meletakkan jari telunjuknya di mulut Luqman. “Apa yang jadi antara kita ialah miscommunication. Sayang tak faham isyarat abang. Abang pun tak faham isyarat sayang” sambung Azza lagi. ”Kalaulah abang faham isyarat sayang waktu tu mesti sekarang kita dah kawen dan ada anak pun kan” gurau Luqman cuba mengusik teman wanitanya itu. Petang itu segala benda yang berada di taman permainan tersebut menjadi saksi percintaan mereka. “Dah nak maghrib ni. Jom balik” Luqman mengajak Azza untuk pulang. Setibanya di rumah majlis Nizam dan Bella telah selesai. Orang ramai mula beransur pulang. Luqman dan Azza yang tiba pada waktu itu menjadi perhatian orang kampung. Selesai solat Isyak kelihatan Luqman membincangkan sesuatu dengan Mak Eton. “Insyaallah kalau tak ada apa-apa Man akan suruh Ibu masuk merisik minggu depan” terang Luqman kepada bakal emak mertuanya itu. “Makcik ikutkan aje Man. Sekarang ni barulah tenang hati makcik nak melepaskan Za” jawab Mak Eton sambil wajah anak gadisnya di pandang. “Man janji akan jaga Azza baik-baik makcik. Baiklah makcik dah lewat ni. Man balik dulu ye” Luqman meminta izin untuk pulang kerana esok dia perlu berada di Melaka sebelum pulang ke rumah keluarganya. Berita gembira itu perlu di sampaikan sendiri olehnya.
“Abah tak kira. Kau mesti kahwin juga dengan Umie. Abah dah janji dengan Pak Ngah kau. Lagi pun kau memang sayangkan Umie. Kasihankanlah dia Along” serkah Dato’ Megat kepada Luqman yang baru tiba di rumahnya petang tadi. “Tapi Abah kenapa tak bincang dulu dengan Along” tegas Luqman yang tetap dengan pendiriaannya. “Along, abah tak pernah minta apa-apa balasan sebagai membalas jasa abah dan ibu membesarkan korang semua. Tapi kali ni abah merayu pada kau long. Ini permintaan terakhir abah. Tolong tunaikan” Dato’ Megat menerangkan apa yang terbuku di hatinya lantas berlalu pergi. Luqman mula rasa bersalah bila ayahnya membicarakan soal jasa. “Mereka yang melahirkan dan menjaga aku sehingga besar. Apa salahnya aku menunaikan hasrat mereka dengan menurut segala permintaan mereka. Kalau itu dapat membahagiakan hati kedua orang tua ku, aku redha Ya Allah” ucap Luqman di dalam sembahyangnya. Kini hatinya lebih tenang dari tadi cuma sesekali dia mengerling ke arah bingkai gambar yang menempatkan gambar dua orang insan yang di sayanginya. Luqman mengakui dia pernah mencintai Umie. Tetapi cintanya di tolak menyebabkan dia membawa diri ke Perak. Di sana dia bertemu pula dengan cinta pertamanya lantas hubungan kembali terjalin. Kini keluarganya pula memaksa dia berkahwin dengan Umie. Pintu bilik Luqman di ketuk. Kedengaran suara Datin Kalsum meminta izin untuk masuk. “Masuk lah bu. Pintu tak kunci pun” jawab Luqman lemah. “Long, tak tidur lagi?” soal Datin Kalsum lalu duduk di sebelah anak lelakinya itu. “Belum bu..” Luqman menjawab malas. “Ibu tau along risau mengenai hal perkahwinan along dengan Umie tu. Ibu ada benda nak bagi tahu dekat along. Abah suruh ibu rahsiakan. Tapi ibu rasa along perlu tahu perkara ni” ujar Datin Kalsum cuba memujuk anaknya. “Sebenarnya selepas along pergi ke Perak banyak kali Umie datang ke sini mencari along. Dia betul-betul sayangkan along. Tiba-tiba suatu hari dia rebah. Doktor kata dia mengalami kemurungan. Makin hari kesihatannya makin terjejas. Sehinggalah dia disahkan ada kanser pangkal rahim. Sakitnya semakin lama semakin teruk. Ditambah pula dengan kemurungannya. Doktor menyarankan supaya kita semua cuba mengembirakan hatinya. Sebab tu Pak Ngah minta kamu menikahi Umie sebelum tiba ajalnya. Umie tak boleh hidup lama long” terang Datin Kalsum. Bagai halilintar menyambar bumi bila mendengar penjelasan ibunya mengenai Umie. “Ya Allah apa aku dah buat dekat Umie. Kalaulah aku tidak menjauhkan diri daripada Umie pasti perkara ini takkan terjadi” luah Luqman sendiri. “Bukan salah along. Setiap yang hidup pasti akan menemui ajal. Cuma caranya saja yang berbeza” pujuk ibunya. “Ibu, Luqman setuju untuk bernikah dengan Umie. Dia kat mana sekarang ni bu?” tanya Luqman pula. “Syukur Alhamdulillah. Umie dekat Hospital Kuala Lumpur sekarang. Kalau along nak tengok dia, along pergi esok jelah ye” jelas Datin Kalsum pula. Luqman setuju dengan cadangan ibunya. Malam itu dia hanya memikirkan tentang Umie. Azza yang di kampung lupa hendak di hubunginya. Sudahnya seharian gadis tersebut merajuk dengan Luqman kerana mengabaikannya. Luqman nekad mahu merahsiakan hubungannya dengan Umie dari pengetahuan Azza. Dia menghantar pesanan ringkas yang berbunyi:
“salam syg..dh sarapan..abg dh bgtau kat ibu pasal kita..tp ada maslah skit..abh suruh abg tangguh dulu urusan merisik tu sbb dia nak abg berada kat luar Negara uruskan projek kat sana..hjg bln nt bru abg balik.lps tu abg dtg ye syg”
Luqman berharap sebulan cukup baginya menyembunyikan hal tersebut daripada pengetahuan Azza. Dia cintakan Azza tetapi kasihnya kini lebih tertumpu pada Umie. Walaupun begitu Luqman tidak lupa melayani karenah Azza yang saban hari semakin manja. Sewaktu di hospital Luqman sayu melihat keadaan Umie yang cengkung. Badanya kurus dan tidak bermaya. Dia duduk di kerusi yang terletak bersebelahan dengan katil Umie. “Mie..Luq datang ni. Bangunlah. Buka lah mata” bisik Luqman pada telinga Umie. Umie yang sedang merehatkan diri membuka mata bila mendengar suara Luqman. Hampir 7 bulan dia tidak mendengar khabar berita mengenai Luqman. Pada hari ini lelaki yang di tunggunya berada di depan matanya. “Luq, bila Luq sampai” tanya Umie lemah. “Baru jer..” jawab Luqman pula. Umie yang baru selesai menjalani Rawatan Radioterapi tidak berdaya untuk bangun. Ingin sahaja dia mendakap Luqman. Apa yang mampu di lakukannya kini hanyalah mengalirkan airmata. “Sudahlah sayang, jangan bazirkan airmata tu. Luq kan ade depan Mie sekarang. Mie kena cepat sihat. Nanti kite keluar jalan-jalan macam dulu ye” pujuk Luqman kepada Umie. Umie hanya mengangguk kecil. Di usapnya airmata Umie yang mengalir di pipi. Hari itu seharian Luqman menemani Umie. Dalam kejauhan kelihatan seseorang sedang memerhatikan Luqman. “Za, aku rasa aku nampak Luqman lah kat HKL” kata Tijah kawan baik Azza. “Ish kau merepek je Jah, Luqman kat Singapore sekarang. Uruskan projek ayah dia kat sana” jawab Azza membela Luqman. “Betul lah Za, aku ni belum rabun lagi tau. Hari tu mase aku tengok Pak Andak aku, aku nampak dia tengah melawat sorang perempuan ni. Muda lagi, tapi sakit dia macam teruk. Kalau kau tak percaya hujung minggu ni kau ikot aku ke sana” tegas Tijah menegakkan kata-katanya. “Em ada lagi ke perempuan tu kat sana. Kot-kot dah keluar wad” balas Azza pula. “Aku rasa ada lagi. Sakit macam tu susah nak baik. Kau ikut jela. Kalau bukan lega lah sikit hati kau tu. Lagipun kau dah serius dengan Luqman. Kena berhati-hati” jawab Tijah lagi. Azza setuju untuk mengikuti Tijah ke HKL. Dia bukannya tidak mempercayai buah hatinya itu, tetapi seperti ada sesuatu yang mendorong dia bertindak sedemikian. Hari-hari berikutnya Luqman datang melawat Umie seperti biasa. Suatu hari ketika dia sampai di katil Umie, Umie sedang tidur lena. Dia tidak mahu menggangu rehat Umie. Sambil dia duduk di sisi Umie, Luqman menceritakan sesuatu. Dia tidak sedar Umie sebenarnya telah terjaga dan mendengar setiap butir katanya. “Mie.. Mie tahu kan sebaik Mie keluar dari hospital nanti kita akan di ijab kabulkan. Luq nak terus-terang dengan Mie..” katanya dalam nada yang paling perlahan. Dia menceritakan bagaimana keadaan dia selepas mereka berpisah, kemudian kehadiran Azza dalam hidupnya. Semuanya di ceritakan kepada Umie. Sangkanya Umie tidak sedar. Luqman terpaksa pulang bila mendapat panggilan kecemasan dari pejabat ayahnya. Umie rasa bersalah bila Luqman terpaksa mengahwini dirinya kerana dia mengidap penyakit tersebut. Namun Umie tiada kudrat untuk mencari perempuan yang di maksudkan oleh Luqman. Sewaktu hendak memasuki pintu masuk hospital, kereta yang di naiki oleh Tijah dan Azza bertembung dengan kereta Luqman. Azza yakin pemandu kereta itu adalah Luqman. Jika benar bagai di kata, Azza harus menyiasat siapakah wanita yang di maksudkan oleh Tijah. Walaupun Luqman telah menipunya dengan menyatakan dia berada di Singapore pasti ada sebab setiap tutur katanya itu. Azza tidak suka terburu-buru, dia juga tidak mahu hubungannya dengan Luqman rosak di sebabkan maklumat yang tidak tepat. Setibanya di wad tersebut Tijah menunjukkan katil yang di diami oleh wanita tersebut. Azza menghampiri katil wanita itu dan membaca namanya UMIE HANI BINTI ABD RAZAK. Kalau di ikutkan hatinya mahu sahaja dia menyoal wanita tersebut dengan pelbagai soalan. Akan tetapi keadaan wanita itu yang uzur menyebabkan Azza lembut hati. Umie membuka mata melihat ada seorang perempuan di hadapannya. Dia cam wajah itu. Wajah itulah yang di lihatnya semasa mengutip gambar yang terjatuh daripada wallet Luqman. Sewaktu itu Luqman yang kelihatan cemas bergegas pergi bila mendapat sebuah panggilan. Dia yakin itulah gadis yang di maksudkan oleh Luqman dalam ceritanya tadi. “Azza kan….” panggil Umie perlahan. Azza kemudian tersentak apabila wanita di hadapannya mengenali siapa dirinya. “Yea..Macam mana akak kenal saya?” soal Azza yang sedang keliru. “Ini gambar Azza kan..” kata Umie lantas menyerahkan gambar tersebut. Azza kenal dengan gambar tersebut. Orang yang di dalam foto itu memang dirinya. Foto itu di ambil oleh Luqman. Foto yang sama di pegang oleh Luqman semasa di air terjun dulu. “Akak ni siapa..” tanya Azza pula. Umie menceritakan hubungan dia dan Luqman. Segala penderitaannya di luahkan kepada Azza. “Azza..akak nak Azza jaga Luqman bila akak takde nanti. Azza lah yang selayaknya menggantikan tempat akak. Janganlah di marahnya Luqman kerana menyembunyikan hal ini. Akak tau Luqman berbohong pada Azza. Dia ada menceritakan pada akak. Akak pernah lukakan hati dia. Hati dan cinta dia terlalu besar untuk akak dik” jelas Umie lagi. “Kalau Azza menghalang perkahwinan kami akak faham tetapi tolong jangan tinggalkan Luqman. Akak nak tengok dia bahagia. Akak sanggup lepaskan dia demi kebahagiaan Azza” sambung Umie. Azza yang setia mendengar tidak semena-mena mengalirkan airmata. “Kak, Azza janji takkan tinggalkan Luqman. Azza setuju Luqman berkahwin dengan akak” Azza menjawab laju. Dia sedar keadaan Umie yang kritikal serta tiada peluang untuk hidup lama membuka hatinya untuk memberi wanita itu untuk merasai indahnya kehidupan. Azza ingin berbuat baik demi kaum Hawa. Apa salahnya dia berkongsi kasih dan sayang?. Umie juga ikhlas menyayangi Luqman. Azza sedar saat ini dia tak perlu mementingkan diri. Dia perlu buktikan cintakan. Kalau dahulu Luqman sanggup berkorban cinta, kini gilirannya pula. Lagi pula kita tidak boleh melawan takdir. Andai telah tersurat Luqman menjadi miliknya, samada berkongsi kasih atau tidak, dia rela.
Malam itu Luqman menerima satu panggilan telephone daripada Azza. “Abang, jumpa sayang dekat KLCC sekarang. Sayang tau abang ada kat Malaysia” ujar Azza dalam perbualannya dengan Luqman. Luqman pada waktu itu dalam perjalanan pulang ke rumah segera berpatah balik menuju ke Kuala Lumpur. Risau memikirkan apa yang di buat oleh kekasih hatinya di sana. Buat apa dia disana?. Dengan siapa?. Semua soalan itu bermain di fikirannya. Perkara yang paling ditakutinya ialah bagaimana Azza tahu dia berada di Malaysia. Adakah rahsianya sudah bocor?. Kalau benar lah Azza sudah mengetahui segala-galanya musnahlah mahligai cintanya dengan Azza. Namun Luqman malas mahu bertekak dengan Azza di dalam telephone lantas segera menemui Azza di KLCC. Azza menantinya di restoran Burger King. Setibanya Luqman di sana dia melihat Azza bersama Tijah dan seorang lelaki. Mungkin kekasih Tijah fikir Luqman. Apabila Luqman mengambil tempat duduk, Tijah dan lelaki tersebut meninggalkan mereka berdua. “Kenapa abang tipu sayang” kata Azza memulakan bicara. Ah masak aku, Azza sudah mengetahui tembelangnya. “Abang….” lambat Luqman menjawab soalan Azza. “Bila nak bernikah dengan kak Umie?”soal Azza. Luqman tersentak dengan soalan Azza. “Sayang, abang takde niat nak rahsiakan perkara ni dari sayang…tapi…” jawab Luqman lemah. Dia tahu apa saja yang akan di perkatakan pasti tidak dapat membuatkan Azza percaya kepadanya. “Nah, lain kali jaga gambar sayang elok-elok, kalau orang lain yang jumpa nanti di bomohnya pula” Azza memulangkan gambar yang di beri oleh Umie kepada Luqman. “Mana sayang dapat gambar ni” soal Luqman hairan. “Kak Umie yang beri pada sayang. Sayang dah tahu semuanya. Sayang tak salahkan abang. Sayang setuju” nada suara Azza berubah lembut. Luqman masih keliru, adakah dia bermimpi. Tidak marahkah Azza pada dirinya kerana menipu?. “Sayang tak marah abang?”soal Luqman. “Kenapa sayang nak marah. Dulu abang pernah berkorban cinta abang demi sayang. Sekarang turn sayang pula” Azza menjawab sambil melemparkan sebuah senyuman pada Luqman. “Tapi mak macam mana? Dia mesti tak setuju?”sampuk Luqman. “Mak dan yang lain-lain setuju. Sayang dah ceritakan hal sebenar” terang Azza kepada Luqman. Luqman bersyukur keluarga Azza tiada halangan dan merestuinya. “Cuma sayang harap abang tak tipu sayang lagi” pinta Azza. “Abang minta maaf ye sayang. Abang janji lain kali tak buat lagi” ujar Luqman lantas memegang tangan Azza. “Malam ni sayang tidur mana?” tanya Luqman menukar perbualan topik mereka. “Sayang tidur dekat rumah sedara Tijah. Abang hantar sayang dekat Keramat nanti ye” Luqman mengangguk. Selesai berbual Luqman menghantar Azza ke rumah sepupu Tijah. “Abang uruskanlah dulu hal abang dengan kak Umie. Bila abang nak nikah dengan dia jangan lupa jemput sayang” pesan terakhir Azza kepada Luqman. “Baiklah sayang…” Luqman menjawab ringkas. Pada 08.10.2010 Umie telah di benarkan keluar daripada hospital. Segala persiapan untuk pernikahannya pada 10.10.2010 telah di siapkan oleh kedua belah pihak. Keluarga Azza juga hadir pada majlis tersebut. Majlis yang serdahana dan di hadiri oleh keluarga terdekat memeriahkan majlis yang suram. Bakal pengantin perempuan di pimpin untuk mendengar khutbah nikah. Luqman yang segak berpakaian serba putih pada pagi tersebut kelihatan tenang menunggu tok kadi selesai memberi ceramah. Sesekali wajah Umie dan Azza di pandangnya. Betapa dia bertuah memiliki cinta dua insan tersebut. Tepat jam 10.10 pagi Umie Hani telah sah menjadi milik Luqman Syafiq dengan sekali lafaz. Umie merasa gembira sehingga tidak sedar menitiskan airmata. Azza yang berada di sebelah Umie mengesat airmata wanita yang di anggap sebagai kakaknya sendiri. Sewaktu Luqman hendak menyarungkan cincin di jari Umie, Umie tiba-tiba rebah. “Abang, terima kasih sebab bagi ayang peluang bergelar isteri. Kalau hayat ayang sampai di sini halalkan lah makan minum ayang. Terima kasih sebab jaga ayang selama ayang sakit bang” ujar Umie lemah sambil menahan sesak nafas di dadanya. “Abang maafkan. Ayang ikut abang mengucap ye” pinta Luqman. Dia tahu nyawa isterinya bagai telur di hujung tanduk. Selesai mengajar Umie kalimah syahadah, Umie menghembuskan nafasnya yang terakhir. Luqman mengalirkan airmata lelakinya. Percintaan dia dan Umie akan terus menjadi sejarah yang takkan lupakan. Pergilah sayang dengan tenang. Semoga rohmu di cucuri rahmat, doa Luqman dalam tangisnya. Mereka yang berada di situ turut merasai kesedihannya. Jenazah Umie di bawa ke tanah perkuburan islam Bukit Kiara. Jasad Umie di semadikan bersebelahan kubur adiknya. “Ayang tunggu abang ye” pesan terkahir setelah selesai talkin dibacakan. Azza yang dari tadi berada di sebelah Luqman menenangkannya. “Sudah la abang, kita doakan yang terbaik buat kak Umie. Kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ye” pujuk Azza. Mak Ngah datang mendekati Luqman. “Luqman, arwah Umie ada tinggalkan surat untuk kau”. Luqman lantas menyambut surat yang di hulurkan oleh makciknya itu.
Assalamualaikum Abang,
Jika abang membaca surat ini bermakna ayang sudah tiada lagi di dunia ini. Terima kasih kerana sudi menyambut cinta ayang. Masih jelas di ingatan ayang apa yang terjadi pada hubungan kita. Abang lah yang menjadi hero demi menyelamatkan maruah ayang. Selepas hari itu kita tak pernah berjumpa lagi. Ayang tau mesti waktu tu abang dah benci gila dengan ayang. Setiap hari ayang akan menulis peristiwa yang terjadi dalam diari. Mungkin suatu hari nanti abang dapat baca fikir ayang. Setiap hari pasti ayang akan menuliskan sesuatu tentang abang. Setiap hari juga ayang sentiasa rindukan abang. Bagaikan mimpi bila abang masih menyayangi ayang. Menjaga ayang sewaktu ayang sakit. Ayang berharap dapat bertemu abang di syurga. Apa yang ayang takutkan ayang tak sempat memberi abang zuriat tanda cinta kita. Tetapi sejak hadirnya Azza ayang tahu dia boleh menggantikan tempat ayang. Dia akan menjaga abang sebaik mungkin. Ayang percaya pada dia. Cuma ayang minta jangan lah sesekali abang lupakan ayang. Akhir kata salam sayang, peluk, cium, rindu kasih buat bakal Suamiku.
Umie Hani
~Bakal Isterimu…
Luqman meneliti dairi yang dimaksudkan oleh Umue. Kini sudah setahun peristiwa itu berlalu. “Umar, Umie mari balik..!” jerit Azza dari dalam rumah. Anak kecil yang baru mula belajar berjalan itu terkedek-kedek mendapatkan Mama mereka. “Sayang ni.. abang belum puas lagi main dengan anak-anak kita” rajuk Luqman. “Ala dah selalu sangat abang main dengan budak-budak tu sampai sayang pun abang lupakan kan?” bidas Azza pula. Luqman yang tahu isterinya sedang merajuk memberi kucupan kasih di pipi. “Abang sayang sayang lebih dari segala-galanya” kata Luqman di telinga Azza. Selepas pemergian Umie, Luqman menikahi Azza seperti yang di janjikan. Itu juga antara salah satu amanat arwah Umie. Kehidupan mereka di sebuah banglo kecil bersama dua orang anak kembarnya benar-benar melengkapkan kehidupan Luqman Syafiq. Dia bahagia bersama keluarga kecilnya. Malah salah seorang anak kembarnya di beri nama sempena memperingati arwah isterinya iaitu Umie Hani. “Terima kasih sayang sebab sentiasa berada di sisi abang dalam mengharungi liku-liku kehidupan” ucap Luqman kepada Azza sambil memeluk erat dari belakang tubuh Azzatul Erini. Azza membalas pelukan itu dengan merebahkan tubuhkan di dalam dakapan Luqman Syafiq. “Sayang bahagia dengan abang. Kita harungi kehidupan ini bersama-sama ye” pinta Azza pula. Luqman Syafiq akan memastikan rumah tangganya akan kekal hingga ke ahir hayat. Dia rela melakukan apa saja demi mempertahankan keluarganya. “Cinta kau dan dia begitu bermakna buat aku” getus Luqman di dalam hati.
**TAMAT**
panjang giler citer ko noq... xlarat aku nak bace... im just leaving a comment ok!
ReplyDelete